Pengajaran kisah nabi dan rasul |
- Pengajaran kisah nabi dan rasul
- Jelajah AJL28 rai penonton setia TV3
- Beriman kepada Nabi Muhammad SAW
- PPKS Mukah sertai Maulidur Rasul peringkat negeri
- PPKS minta nambah arus penerebai terus ke Korea
- Guna bantu enggau manah dikena ngangkatka tikas penatai pemisi
Pengajaran kisah nabi dan rasul Posted: 17 Jan 2014 06:14 AM PST SESEKALI bertemu dengan mereka yang berpengalaman, banyak pengajaran yang kita dapat. Kisah dan cerita yang mereka sampaikan cukup bermakna. Manusia mampu menyimpan sejarah hidup mereka sendiri. Ia menjadi rujukan dirinya dan menjadi kenangan yang pasti mengamit jiwa dan perasaannya. Melalui liku hidup yang dilaluinya, manusia membina hidup serta membuat beberapa pembaikian. Hari ini dijadikan lebih baik daripada semalam. Sejarah hidup mereka yang sekalipun tidak dapat diputar kembali, memaparkan hakikat hidup yang telah mereka lalui. Ia dirakam indah dalam sanubarinya. Justeru itu, apabila al-Quran merakamkan kisah-kisah hidup manusia, ia dipaparkan dengan begitu jelas. Tujuannya antara lain adalah untuk diambil iktibar oleh generasi manusia berikutnya agar kesilapan itu tidak berulang kembali.. Antara surah mengandungi kisah liku hidup manusia ialah surah Yusuf. Agak istimewa kisah itu yang memaparkan kisah seorang manusia yang baik namun melalui perjalanan hidup yang amat sukar. Tujuan kisah al-Quran ini adalah sebagai petunjuk pada manusia bahawa kebaikan tidak selalunya mendapat pengertian dan layanan yang wajar dari manusia. Kasih sayang dan kecantikan merupakan unsur yang boleh menjerumus manusia pada persengketaan. Ilmu dan pengetahuan menyelamatkan mereka serta memberi manfaat pada orang lain sekali. Kisah manusia yang pertama iaitu kisah Adam dan Hawa, dirakamkan dalam al-Quran. Banyak pengajaran yang dapat digali daripada kisah mereka, di samping ia merupakan maklumat penting untuk kajian manusia. Kisah ini adalah maklumat kudus dari langit dan kisah yang disampaikan oleh manusia dari mulut ke mulut, sukar untuk dipastikan kesahihannya. Adam dan Hawa sebagai manusia pertama terpengaruh dengan hasutan syaitan. Mereka berdua melanggar larangan Allah iaitu agar tidak mendekati sebuah pokok dalam taman syurga. Namun, al-Quran merakamkan bahawa keduanya telah bertaubat kepada Allah dan mereka berdua diampuni. Lalu kedua mereka dipindahkan ke dunia. Dari situ, bermulalah hidup yang baru dalam kehidupan mereka. Selanjutnya, Habil dan Qabil melakukan kurban demi untuk menentukan pasangan masing-masing dan ia berakhir dengan episod pembunuhan antara manusia yang pertama di muka bumi Allah. Dewasa ini, hampir setiap saat tercatit peristiwa hitam yang lebih dahsyat daripada gambaran di atas, berlaku dalam kehidupan manusia generasi yang dikemabangkan oleh anak-anak Adam dan Hawa ini. Kisah nyata dalam kehidupan manusia menyimpulkan bahawa hanya manusia itu yang sanggup melakukan perkara yang dilarang Allah, bahkan sanggup menyebar luas perkara yang mendatangkan kerosakan dalam kehidupannya. Seperti iktibar yang dibentang dalam kisah Samiri di zaman Nabi Musa, yang mendatang patung anak lembu betina yang akhirnya menyesatkan ramai di antara orang yang beriman ketika itu. Walaupun al-Quran tampil dengan berbagai kisah yang menyelami hakikat hidup manusia, namun tidak semua manusia dapat dibetulkan dengan ayat al-Quran. Sebahagianya mempunyai hati yang seumpama batu. Ada yang perlu didenda, dihukum, bahkan buang daerah atau dibunuh sesuai dengan kesalahan jenayah yang dilakukan. Semuanya untuk menye-lamatkan masyarakat dan negara dari hancur atau untuk menyekat merebaknya kerosakan dalam kehidupan manusia. Allah merakam kisah nabi Ibrahim yang berhadapan dengan kejahilan bapanya dan penentangan dari kaumnya. Ibrahim tampil dengan cara penyampaian yang amat drastik sesuai dengan kejahilan kaumnya. Ibrahim diancam dengan bunuh walaupun tidak ada kesalahan jenayah yang dilakukannya. Namun Ibrahim mendapat kemuliaan daripada Allah sesuai dengan perjuangannya yang mulia itu. Dia tidak terbkar oleh api yang menjulang langit. Walaupun demikian, kaumnya tetap engkar dan sombong. Di antara episod yang menarik dalam kisah nabi-nabi ini, kisah nabi Yusuf yang istikamah dengan kebenaran amat mengagumkan. Kekebalan imannya terhadap rayuan, godaan dan ugutan seorang wanita yang glamour, patut diabadikan dalam sanubari setiap pembaca al-Quran. Nabi Yusuf juga melakukan kerja islah sekalipun terkongkong dalam penjara, sehingga ada banduan yang kembali menyedari hakikat kebenaran serta bertaubat kepada Allah. Unsur kekuatan ilmu yang ada pada Nabi Yusuf merupakan senjata yang ampuh bagi Nabi Yusuf untuk dicatit kisahnya dalam al-Quran. Sesuai dengan peranan nabi adalah sebagai tauladan pada manusia, Nabi Yusuf juga tampil dengan wibawanya untuk menyelamat negaranya dari kemelut ekonomi akibat kemarau yang panjang. Menyelami kisah Nabi Nuh yang panjang umurnya itu, memaparkan tentang lipatan sejarah perjuangan yang sukar dan perjalanan yang panjang. Dalam tempoh hampir seribu tahun, hanya segelintir kaumnya yang mahu menerima kebenaran yang diajarnya. Teknologi pembuatan kapal merupakan isyarat wahyu untuk manusia yang beriman agar tampil dengan idea membina serta berteknologi tinggi dalam membentangkan hakikat keselamatan di dunia dan di akhirat |
Jelajah AJL28 rai penonton setia TV3 Posted: 17 Jan 2014 06:13 AM PST "Game On"! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti- nantikan oleh penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik. Kesemua lagu ini hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari 2014 untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28). Bagi menyemarakkan lagi AJL 28 dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV3, Jelajah AJL 28 telah diadakan di Busana @ Menara MARA sebagai penaja lokasi Jejalah AJL 28, pada 12 Januari lalu, bermula 2 hingga 6 petang. Antara finalis AJL 28 yang menyertai jelajah dan menyanyikan lagu-lagu yang dipertandingkan ialah Jaclyn Victor, Stacy, Hafiz, Awi Rafael & Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama, Hyper Act, dan Najwa Latif. Selain berpeluang untuk beramah mesra dengan finalis AJL 28, peminat juga dapat menyertai pelbagai aktiviti seperti Guitar Hero dan Drum Battle dengan mereka serta memenangi hadiah menarik. Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) memperkenalkan 'Game On' sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Arus pembangunan industri muzik tanah air sentiasa membuka ruang kepada penggiat muzik yang sentiasa berani menyahut cabaran dan menggalakkan eksperimen baharu dalam membentuk seni muzik yang lebih inovatif. Menurut Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin, "Tanpa sokongan besar daripada penonton setia TV3 yang diberikan kepada Muzik-Muzik selama 28 tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak mungkin dapat mencipta fenomena di seluruh negara. "Selain berhibur dengan persembahan nyanyian, Jelajah AJL 28 juga memberi peluang kepada finalis AJL 28 untuk bersantai dan melakukan aktiviti beriadah bersama- sama para peminat." AJL 28 bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9 hingga 11.30 malam pada 26 Januari. Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hafiz (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya). Orang ramai yang ingin menyaksikan AJL 28 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada 23 Januari bermula jam 2 petang. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. AJL 28 dicetuskan oleh Xpax, jenama utama prabayar Celcom sebagai penaja utama. AJL 28 turut menampilkan Hot FM selaku radio rasmi. Ikuti detik-detik persiapan AJL 28 dan kemeriahan roadshow AJL 28 menerusi program 'Debaran AJL' yang akan bersiaran pada 25 Januari (Sabtu) jam 5 petang. Anugerah Juara Lagu 28 diterbitkan oleh Primeworks Studios. Sidang produksi AJL 28 diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) manakala Azman Abdul Ghafar dan Zaini Saidi sebagai penerbit bersama. Layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #AJL28 bagi untuk menghangatkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu 28. |
Beriman kepada Nabi Muhammad SAW Posted: 17 Jan 2014 06:12 AM PST RAMAI orang beriman masih keliru tentang hakikat beriman dengan perutusan Nabi SAW. Ada sebahagian yang menyangka cukup sekadar pengakuan dengan lidah bahawa mereka beriman dengan nabi, dan tidak ada konsikuennya daripada pengakuan itu. Golongan ini juga tidak menerima hakikat bahawa Nabi SAW adalah teladan hidup bagi manusia seluruhnya, sehingga meniru gaya dan cara hidup Nabi SAW adalah bukan satu kesalahan, malah adalah suatu yang baik dan menjadi tuntutan. Natijahnya, ada dalam kalangan warga yang mengaku beriman dengan Nabi SAW, tetapi mereka juga mencemuh dan menghina gaya hidup yang ditampilkan oleh Nabi SAW, dengan berbagai sebab dan alasan. Wajib kita beriman bahawa Muhammad bin Abdullah adalah nabi dan rasul, seorang hamba pilihan Allah. Baginda tidak pernah beribadat kepada berhala, tidak pernah mensyirikkan Allah sekelip mata pun. Baginda tidak pernah melakukan dosa kecil, apalagi dosa besar. Kita beriman juga bahawa baginda adalah nabi yang terakhir yang diutuskan oelh Allah kepada manusia seluruhnya. Firman Allah, "Akan tetapi dia (Muhammad) adalah utusan Allah dan penyudah sekelian nabi." (al- Ahzaab: 40) Nabi SAW bersabda, "Perbandingan aku dengan para nabi yang lain adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah binaan, ia memperelokkan binaan itu, melainkan di tempat sekeping batu di salah satu penjurunya. Lalu datanglah manusia mengelilingi binaan itu dan tertarik kepadanya sambil berkata, "Alangkah baiknya engkau letakkan batu ini!." Baginda menjawab: " Sayalah sebagai batu itu." (Bukhari dan Muslim) Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda, "Saya ialah Muhammad (yang terpuji), saya Ahmad (yang terpuji), saya al-Maahiy (penghapus) yang dengan ku dihapuskan kekufuran. Saya al-Haasyir (yang menghimpun) yang akan dihimpunkan manusia selepasku. Dan saya al-'Aaqib iaitu penyudah yang tidak ada nabi selepasnya." (Bukhari dan Muslim) Umat Islam wajib beriktikad dengan sepenuhnya bahawa tidak ada mana-mana nabi selepas nabi Muhammad SAW. Sekiranya ada orang yang mendakwa menjadi nabi selepas baginda, maka orang itu adalah jelas seorang pendusta. Sabda Nabi SAW, "Dan sesungguhnya akan timbul di kalangan umatku tiga puluh orang pendusta, kesemuanya mendakwa menjadi nabi, dan aku adalah penyudah para nabi yang tidak ada nabi lagi selepasku." (Muslim) Wajib bagi orang yang beriman meyakini bahawa nabi Muhammad SAW adalah ketua orang yang bertakwa. Bagindalah manusia yang paling sempurna dan dari bagindalah diambil contoh teladan dan kebaikan. Hanya baginda yang layak diambil contoh serta diikuti bukan yang lain. Ini bermakna, menuruti apa-apa jua yang datang dari baginda adalah kemuliaan dan perkara yang dipandang kecil dan serong. Firman Allah, "Katakanlah: "Jika kamu kasih kepada Allah hendaklah kamu mengikuti aku nescaya Allah akan kasih kepada kamu." (al-Imran: 31) "Maka tidak, demi Tuhan engkau, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim untuk menyelesaikan apa yang berselisih di antara mereka, kemudian mereka tidak merasai apa-apa keberatan pada diri mereka dari apa yang engkau hukumkan dan mereka benar-benar menyerah diri." (an-Nisaa': 65) Orang yang beriman meyakini bahawa baginda SAW adalah kekasih Tuhan ar-Rahman. Baginda mendapat setinggi- tinggi martabat kasih sayang Allah yang dinamakan dengan "Khullah", sebagaimana yang disabdakan baginda Rasulullah SAW, "Sekiranya aku hendak mencari khalil (orang yang sangat dikasihi) sudah tentu aku akan mengambil Abu Bakar sebagai khalil aku, akan tetapi dia adalah saudaraku dan kawanku. Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan sahabat kamu itu (iaitu baginda sendiri) sebagai khalil Nya." (Muslim) Ini bermakna, setiap warga yang beriman wajib memberi penghormatan yang sewajar dengan baginda dengan menuruti jejak langkah baginda. Sesuai dengan kedudukan baginda yang istimewa itu, bagindalah ikutan yang paling sempurna. Orang yang beriman juga wajib meyakini bahawa baginda diutuskan kepada semua jin dan manusia dengan membawa kebenaran dan petunjuk. Firman Allah, "(Serombongan jin itu berkata): "Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih." (al-Ahqaaf: 31) Baginda adalah utusan Allah untuk sekelian manusia dan bukan hanya untuk mereka yang sezaman dengan baginda sahaja. Walaupun baginda hidup di zaman "unta", risalah yang baginda bawa adalah untuk manusia seluruhnya. Peribadi baginda adalah teladan untuk sepanjang zaman termasuk di zaman globisasi ini. Buktinya adalah fiman Allah, "Dan Kami tidak mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk sekelian manusia dengan memberi berita gembira dan berita ancam." (Sabaa: 28) "Katakanlah: "Hai manusia!, sesungguhnya aku ini adalah rasul Allah kepada kamu sekelian." (al-A'raaf: 158) "Maha Suci Tuhan yang menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hamba Nya supaya menjadi pembawa berita gembira dan pembawa berita ancam kepada sekelian alam." (al-Furqaan: 1) Mengambil hujah daripada as-sunnah, sabda Nabi SAW, "Diutamakan aku daripada para nabi dahulu dengan enam perkara, iaitu diberikan kepadaku kata-kata yang ringkas tetapi padat; diberikan kemenangan kepadaku lantaran kegerunan seteru; dihalal untukku harta rampasan perang; dijadikan bumi untukku suci dan tempat mendirikan solat; diutuskan aku untuk sekelian makhluk; dan aku penyudah sekelian nabi." (Bukhari dan Muslim) Ini bermakna, Nabi Muhammad sebagai utusan kepada sekelian manusia itu adalah suatu akidah yang dharuri diketahui dalam agama. Perutusan baginda adalah kesinambungan perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain. Ini bermakna, kemunculan baginda adalah suatu yang dimaklumi dan yang dinanti-nantikan. Sebagai bukti keimanan kita kepada perutusan baginda SAW, kita diperintahkan supaya kasih kepada baginda lebih dari kasih ibu bapa, anak pinak, hingga kepada diri sendiri. Sabda Rasulullah SAW, "Tidak beriman seseorang kamu hingga ia kasih kepada ku lebih dari bapanya, anaknya dan manusia sekelian." (Bukhari dan Muslim). Kasih dan cinta ini menuntut pengorbanan daripada kita untuk lebih mengutamakan apa yang telah baginda ajarkan daripada ahli keluarga kita. Sebagai contoh yang kecil, kita sanggup bermusafir jauh ke Mekah untuk menunaikan kewajipan haji dengan meninggalkan sanak saudara dan tanah air kita. Abdullah bin Hisyaam berkata, "Kami bersama-sama Rasulullah SAW, ketika itu baginda memegang tangan Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata kepada baginda: "Ya Rasulullah, saya kasih kepada engkau lebih dari segala-galanya selain dari diriku sendiri." Baginda membalas: "Demi tuhan yang diriku di tangan Nya, tidak sempurna iman engkau hingga engkau kasih kepada ku lebih dari diri engkau sendiri." Umar pun berkata: "Aku kasih kepada engkau lebih dari diriku sendiri." Lalu baginda membalas: "Sekarang, sempurnalah iman engkau wahai Umar." Apakah realiti yang seumpama ini ujud dalam kehidupan kita? Ada di antara kita yang hanya mendendangkan kasih dan sayang kepada Nabi SAW semasa majlis maulid semata-mata, tetapi dalam keadaan yang sama tidak menyempurnakan apa yang baginda telah ajarkan dalam kehidupan orang yang beriman. Laungan itu tidak memberi apa-apa makna selagi mana ajaran baginda tidak kita laksanakan. Ia hanya tinggal ungkapan kosong dan palsu. |
PPKS Mukah sertai Maulidur Rasul peringkat negeri Posted: 17 Jan 2014 06:10 AM PST The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request. Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error. More information about this error may be available in the server error log. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. |
PPKS minta nambah arus penerebai terus ke Korea Posted: 17 Jan 2014 06:08 AM PST The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request. Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error. More information about this error may be available in the server error log. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. |
Guna bantu enggau manah dikena ngangkatka tikas penatai pemisi Posted: 17 Jan 2014 06:06 AM PST Guna bantu enggau manah dikena ngangkatka tikas penatai pemisi Oleh : NewsDesk Tarikh Disiarkan : 17-Jan-2014 BEKENU: Bantu 1AZAM ke disediaka perintah besai nyadika peluang ngagai rayat ditu ngembuan penatai pemisi ke baruh dikena ngemanahka penatai pemisi, ngangkatka ekonomi sereta meransang sida gawa ngati kediri. Kunsil Pelilih Mit Sibuti Ali Abdullah lebug ke dirandau Utusan Sarawak rambau nyuaka bantu 1AZAM ba Opis Pelilih Sibuti madahka, raban penerima patut ngena bantu perengka gawa tu enggau manah awakka enda meri pengerugi ngagai sida. Antara ke disediaka ba Program 1AZAM iya nya AZAM Bumai Betupi, AZAM Servis, AZAM Bedagang, AZAM Pengawa, semua tu dikena mantu raban orang ke seranta enggau kelalu seranta berengkah ngatur pengawa dagang enggau chara mit tauka ngangkatka tikas pemanah pendiau enggau pengidup sereta mantu ngeluarka sida ari tikas penyeranta. Beserimbai enggau tu, bisi lapan iku individu kje nerima bantu 1AZAM tu nya Ramlee Asan, Osman Mail, Abdullah Karin, Abang Amzi Fadil, Hamidi Dollah, Zamri Ebrahim, Razali Saibi enggau Kalana Kirang. Nya-alai, ngarapka raban pesereta program 1AZAM patut muji pemanah pengawa tu ke dibantu enggau mayuh bengkah perengka nyengkaum injin elektrikronik, ketegal mayuh agi ari raban sida tu begunaka perengaka tu dikena sida nampung belanja ninting hari. |
You are subscribed to email updates from TheSarawakTribune.com - News Feed To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |