09:13:00

Where does the money come from?


Where does the money come from?

Posted: 22 Jan 2014 07:57 PM PST

Where do the step-son of Prime Minister Najib Razak and the son of Chief Minister Taib Mahmud get their immense wealth from? Christina Suntai gives us her take on Sarawak Report's latest expose. Radio Free Sarawak also speaks to PKR Information Chief Vernon Kedit, Nicholas Bawin on NCR issues, Piasau State Assemblymen Alan Ling and Stephen Epay. For more great news and music, tune into today's show!

Siapakah Riza Aziz dan Mahmud Bekir ? Apakah pekerjaan mereka ? Darimana mereka mendapat wang yang begitu banyak ? Bagaimanakah mereka mendapat kekayaan tersebut ?  Kita dengarkan komentari menarik bersama Christina Suntai dengan pendedahan eklusif yang dipetik dari Sarawak Report. Diikuti dengan ulasan Ketua Penerangan PKR negeri Sarawak saudara Vernon Kedit mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh penyokong tegar Parti Pesaka Bumiputera yang berunsur ugutan dan memperkecilkan hak pesara penjawat awam untuk tidak menerima pencen jikalau mereka menyokong parti pembangkang. Radio Free Sarawak juga bawakan kepada anda dengan beberapa temuramah terkini bersama Saudara Nicholas Bawin seorang activist NCR, Yang Berhormat Alan Ling ADUN Piasau, Saudara James merupakan Orang Kurang Upaya, Stephen Epay dari Selangau dan berita pendek dari Indai Selaka.

The last week on RFS

Show archive

“Religion is personal, and nobody can dictate what you choose to believe,” says Baru Bian.

Posted: 22 Jan 2014 03:48 AM PST

Radio Free Sarawak is today tackling the thorny issue that is now the rage in coffee-shops, polite salons and especially the hallowed corridors of power – religious freedom in Malaysia and who has the right to use which words and whether proselytizing is acceptable or not.  RFS speaks with a whole spectrum of people from lawmakers Rt. Hon. Baru Bian and Rt. Hon. Chiew Chin Sing to activists Nicholas Mujah, Semawi, community leader Tuai Rumah Bagum and man on the street Ngumbang to make sense of what is happening in the country today.

Sesiapa sahaja mempunyai hak untuk menganuti mana-mana agama yang  mereka rasakan sesuai berdasarkan keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Sama sekali tidak ada paksaan dari mana-mana pihak. Menurut  Pengerusi PKR Negeri Baru Bian, kita tidak perlu rasa cemas jikalau seseorang itu bertindak untuk menganuti agama lain kerana itu adalah pilihan masing-masing. Lagipun telah termaktub didalam perlembagaan iaitu kebebasan beragama. Dalam kontek kebebasan beragama ini adalah termasuk hak untuk menyebar ataupun berkongsi. Seperti biasa, kami kongsikan temuramah-temuramah dengan beberapa orang yang sempat kami hubungi seperti saudara Nicholas Mujah, Semawi, Yang Berhormat Chiew Chin Sing, Tuai Rumah Bagum dan Ngumbang untuk mengupas beberapa isu-isu penting dan terkini. Hanya di Radio Free Sarawak.

The last week on RFS

Show archive

Independence of community leaders – eroded by a mere RM800?

Posted: 21 Jan 2014 05:21 AM PST

We begin today's show with a strong commentary from Christina Suntai on the issue of the appointment of community leaders versus the traditional custom of election of elders, and how the allowance system has eroded the independence of these community leaders. Matek Geram speaks to us on the boat tragedy in Daro and gives us his perspective of how the authorities need to look into new measures to ensure safety for rural folk who are dependent solely on river transportation. The Rt. Hon. Oscar Ling, Dennis Along from the Baram and Padan Labo from Lawas also feature on our show today.

The team at RFS wishes to convey our deepest condolences to the families of the victims of the Daro boat tragedy.

Komentari menarik dari Christina Suntai yang bertanyakan adakah tuai rumah yang bukan dipilih tetapi ianya dilantik oleh wakil rakyat Barisan Nasional berhak mendapat insentif gaji sebanyak RM 800 sebulan ? Apakah peranan mereka sekarang jika dibandingkan dengan tuai rumah yang dipilih oleh rakyat mereka sendiri seperti dahulu ? Yang pastinya tugas tuai rumah yang dilantik oleh wakil rakyat Barisan Nasional sekarang hanyalah berperanan untuk mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan politik wakil rakyat itu sendiri dan juga untuk kepentingan periuk nasi mereka sendiri. Untuk temuramah selanjutnya kita bersama dengan Matek Geram, berkenaan nahas bot karam di Kuala Lassa, Daerah Daro, Dennis Along dari Baram, Yang Berhormat Oscar Ling Ahli Parlimen Sibu dan Padan Labo dari Lawas.

Disini kami warga kerja Radio Free Sarawak mengucapan takziah untuk keluarga mangsa bot karam di Pulau Bruit semoga bersabar dengan dugaan ini.

The last week on RFS

Show archive