11:33:00

1Avenue jadikan daerah Kota Marudu hab ekonomi Utara <b>Sabah</b>… Berita Sabah - News 2 Sabah


1Avenue jadikan daerah Kota Marudu hab ekonomi Utara <b>Sabah</b>…

Posted: 10 Nov 2013 02:31 AM PST

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.

Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.

Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.

Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.

Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.

Maria (Maria/Brna)

 ~mfja~

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.(25) Maria(Maria/Brna)

16/11/2013: Lembaga Pelancongan <b>Sabah</b> Minta Semua Pihak <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2013 12:41 AM PST

Lembaga Pelancongan Sabah mempunyai keyakinan penuh kepada polis untuk menyiasat dan menyelesaikan insiden pembunuhan dan penculikan pelancong asing di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal pagi semalam.

Pengerusinya, Datuk Joniston Bangkuai berkata pihaknya yakin dengan kemampuan polis mengendalikan insiden itu memandangkan ini bukan kali pertama pihak berkuasa Malaysia berhadapan dengan kejadian seperti itu.

Beliau juga meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan membiarkan pihak polis melaksanakan tugasnya.

Datuk Joniston memberitahu Bernama di Kota Kinabalu ketika diminta mengulas mengenai insiden pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di pulau peranginan di timur Sabah itu semalam.

Dalam kejadian itu, seorang pelancong Taiwan ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tubuhnya manakala isterinya dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

~busri — BERNAMA NAM NAM NH

~mdre

17/11/2013: Lebih Banyak Perumahan Rakyat Bakal Dibina Di <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 02:41 AM PST

Lebih banyak perumahan mampu milik dan kos rendah akan dibina di Sabah tahun depan.

Rahman Dahlan (2)Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ini termasuklah 6 ribu unit rumah mampu milik di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Inanam.

Selain itu, seribu unit rumah lagi akan dibina di Kota Belud, Kepayan dan Sandakan dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM pada Majlis Kesyukuran atas pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat di Tuaran.

Datuk Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, kerajaan akan terus merancang dan membina perumahan mampu milik di negeri ini bagi memberi peluang kepada rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri selain menyelesaikan masalah setinggan di negeri ini.

~Donny (Sheryl/cov)

~mdre

11/11/2013: <b>Sabah</b> Ranger&#39;s Dikenang Sebagai Pejuang <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 12:13 AM PST

Pameran Khas "Dirgahayu Tuan Yang Terutama" Bersempena Hari Jadi Rasmi Ke-60 Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah mampu mengembalikan sejarah pembentukan pasukan "Sabah Ranger's" sebagai askar pertama di Sabah yang berjuang mempertahankan kemerdekaan Sabah menerusi Pembentukan Persekutuan Malaysia Tahun 1963.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pameran itu turut meliputi biografi Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan "Sabah Maju Jaya" yang mempamerkan masyarakat dan keadaan Sabah sebelum dan selepas merdeka.

Beliau berucap pada Majlis perasmian pameran khas tersebut yang berlangsung di Muzium Sabah, Kota Kinabalu.

Datuk Masidi berharap pameran tersebut akan menyemarakkan dan mendedahkan generasi muda tentang sejarah kemerdekaan Sabah bagi menghayati kemerdekaan yang dinikmati pada masa kini.

Sabah Ranger yang menggunakan slogan Osiou Oh Kamanang yang bermaksud Siapa Berani Menang ditubuhkan pada 16 September 1963 bagi menghadapi konfrontasi Indonesia. Kini, Sabah Ranger dikenali sebagai 2 Rejimen Renjer Diraja selepas Sabah bersama Sarawak dan Malaya menubuhkan Malaysia.

~salma/halim/cov/Any

~mdre