23:19:00

Robben: "Awas Bayern Munich"


Robben: "Awas Bayern Munich"

Posted: 29 Nov 2013 01:41 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Barcelona mesti bangkit

Posted: 29 Nov 2013 01:40 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

"MU belum lagi memuncak"

Posted: 29 Nov 2013 01:39 PM PST

"MU belum lagi memuncak"

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 30-Nov-2013


BOS Manchester United, David Moyes menjelaskan "prestasi terbaik" mereka belum lagi muncul selepas membelasah Bayer Leverkusen 5-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di gelanggang lawan kelmarin. Ia merupakan kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Juara- Juara dalam tempoh 56 tahun.

MU layak ke fasa kalah mati dengan mendahului Kumpulan A. Kali terakhir MU menang besar ialah pada 1956, membelasah Shamrock Rovers 6-0. "Hari terbaik kami belum lagi muncul dan ia akan menjadi hari yang lebih baik lagi," kata Moyes.

"Apa yang penting ialah kami layak ke pusingan kedua dan kekal mendahului Kumpulan A," ujarnya. "Adalah sesuatu yang hebat apabila menjaringkan lima gol di gelanggang lawan, namun saya mahu ia menjadi sesuatu yang kerap berlaku, bukan hanya sekarang dan kemudian," tegas Moyes. "Tampil ke Jerman dan menang 5-0 adalah sesuatu yang sungguh hebat. Leverkusen mempunyai rekod yang baik di gelanggang sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Moyes turut memuji kehebatan Ryan Giggs yang sudah pun berusia 40 tahun. Menurut Moyes, Giggs belum lagi menampakkan petanda akan berhenti kerana masih berupaya menunjukkan potensinya sebagai pemain hebat. "Orang ramai bercakap mengenai usianya, namun anda tidak boleh mempertikaikan keupayaan Giggs sekarang ini. Dia merupakan pemain yang luar biasa," kata Moyes.

"Beliau semakin menunjukkan peningkatan, dan masih mampu memainkan peranan dalam pasukan MU," jelasnya. MU akan menentang Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan esok.

comments powered by

Timbalan Presiden FAM tutup mulut

Posted: 29 Nov 2013 01:39 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Khairy harap Terengganu kaji semula keputusan

Posted: 29 Nov 2013 01:38 PM PST

Khairy harap Terengganu kaji semula keputusan

Tarikh Disiarkan : 30-Nov-2013


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berharap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengkaji semula keputusan kerajaan negeri itu untuk tidak meneruskan tajaan RM2 juta bagi kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Khairy Jamaluddin melalui laman sosial Facebook beliau. "Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said untuk menarik (balik) tajaan RM2 juta bagi perlumbaan LTdL 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat perlumbaan itu.

"Saya difahamkan pengumuman itu dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsun juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan," katanya. Semalam, Ahmad mengumumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu enggan meneruskan tajaan sebanyak RM2 juta kepada penganjur LTdL tahun depan berikutan kegagalan negeri itu mendapatkan hak penganjuran beberapa acara sukan berprestij seperti menjadi venue acara lumba basikal untuk Sukan SEA 2017 dan Piala Monsun di Pulau Duyong tahun depan.

Ahmad turut melahirkan rasa kecewanya apabila sumbangan, pengalaman dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di negeri itu seolah-olah dipandang sepi oleh KBS. Khairy berkata Jemaah Menteri dan KBS setakat ini belum membuat sebarang keputusan berhubung lokasi atau venue acara bagi Sukan SEA 2017.

"Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya itu pada 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Dis," katanya sambil menambah sebarang kenyataan berkaitan lokasi atau venue bagi acara terbabit hanya cadangan buat masa ini.

"Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya," katanya. Beliau berkata meskipun terdapat salah faham berhubung dua perkara itu, sukan berbasikal tidak seharusnya menjadi mangsa terutama dalam penganjuran kejohanan antarabangsa seperti LTdL.

"Memang tepatpun kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu, dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL," katanya. Khairy juga berkata beliau sudah menjelaskan perkara itu kepada Exco Sukan Terengganu Rozi Mamat. Beliau turut menasihati semua pihak agar tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.- Bernama

comments powered by

"Jangan jadi skuad belasahan"

Posted: 29 Nov 2013 01:37 PM PST

"Jangan jadi skuad belasahan"

Tarikh Disiarkan : 30-Nov-2013


PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu skuad hoki remaja negara menampilkan aksi terpuji dan tidak menjadi pasukan belasahan pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India bulan depan.

Tengku Abdullah menuntut anak buah Mohd Dhamaraj Abdullah itu mempamerkan prestasi cemerlang bagi mencapai sasaran muncul antara enam pasukan terbaik pada kejohanan di Stadium Hoki Major Dhyan Chand dari 6 hingga 15 Dis. "Saya yakin pasukan ini akan memberi yang terbaik...beri mereka peluang membuktikan prestasi cemerlang...impian saya ialah (pasukan negara) muncul enam pasukan terbaik.

"Saya harap pemain akan berjuang bersungguhsungguh untuk menjulang nama negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan skuad hoki itu oleh Felda di sini hari ini. Pasukan hoki remaja kebangsaan itu menerima suntikan tajaan berjumlah RM500,000 daripada Felda. Pada majlis itu juga, setiap pemain termasuk jurulatih menerima insentif RM4,000 atas kejayaan muncul naib juara pada Piala Sultan Johor, September lepas.

Dalam pada itu, Tengku Abdaullah menghargai komitmen yang ditunjukkan Felda dalam membangunkan sukan hoki menerusi tajaan itu. Pada Piala Dunia Remaja 2013, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama New Zealand, England dan Afrika Selatan manakala juara bertahan Jerman mengetuai Kumpulan A yang turut merangkumi Pakistan, Mesir dan Belgium.

Kumpulan B membabitkan pasukan Australia, Sepanyol, Argentina dan Perancis manakala Kumpulan C menampilkan saingan antara Korea Selatan, Belanda, India dan Kanada. Pasukan kebangsaan akan berlepas ke New Delhi pada 1 Dis dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 3 Dis sebelum membuka tirai bertemu New Zealand pada 6 Dis. - Bernama

comments powered by