22:08:00

Enforcer juara Sayembara Dekon 2014


Enforcer juara Sayembara Dekon 2014

Posted: 03 Jul 2014 09:26 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Bina pemikiran sistematis

Posted: 03 Jul 2014 09:25 PM PDT

Bina pemikiran sistematis

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 04-Jul-2014


SEBAGAI manusia kita juga perlu berfikir secara terancang. Walaupun, kadang-kadang apa-apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi. Ada waktunya berubah menjadi benda lain. Keadaan ini selalunya dipengaruhi oleh persekitaran dan kehendak kita. Ia mengajak kita menilai kembali apa-apa yang ada pada diri kita. Kita pun berfikir dengan merancang seadanya. Proses terbentuknya pemikiran terancang atau lebih kerap disebut pemikiran sistematik selalunya menekankan asas analisis kita terhadap keadaan dan kehendak. Pemikiran sistemik mempunyai perspektif lebih tinggi apabila dibandingkan dengan pemikiran sistematik, lateral, horizontal dan banyak lagi jenis pemikiran yang diperkenalkan oleh tokoh pemikir di dunia hari ini.

Walaupun demikian, bukanlah bermakna pemikiran sistemik yang terbaik, cuma penilaian semula perlu dilakukan bagi meletakkan keadaan dan kehendak selaras budaya serta tuntutan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Pemikiran yang lain itu juga perlu dimanfaatkan bagi menyerlahkan daya fikir kita terhadap persekitaran dan ia juga perlu disesuaikan dengan keadaan dan kehendak kita. Pemikiran sistemik tidak sekadar berkaitan dengan idea dan pemikiran tetapi ia melibatkan kaedah penyelesaian masalah sejagat sama ada pada peringkat organisasi, agama dan hal lain yang berlaku pada peringkat dunia. Tujuan pemikiran sistemik adalah mengembalikan potensi terbaik dalam akal manusia supaya kita sama-sama menjadi manusia bersyukur kepada Tuhan dan mampu menjadi manusia yang benar-benar bertakwa kepada-Nya serta mengurus alam ini dengan cara terbaik Cuba kita renung kembali pada peringkat kejadian manusia, ilmu sains tidak pesat dan teknologi adalah perkara yang masih dicari-cari.

Namun, terkemudiannya setelah proses kehidupan berlangsung, wujud tamadun secara spesifik yang mempunyai asas sains yang hebat seperti zaman Firaun, di mana piramid terhasil daripada batuan yang besar. Begitu juga dengan kegemilangan Islam di dunia Arab, terutamanya Islam berkembang di Baghdad, menampakkan pelbagai bentuk sains yang mensistemkan ilmu dan pemahaman yang ada bagi menyelesaikan masalah semasa. Kalau kita nilai kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai puak Yahudi oleh Adolf Hitler kemudian pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Palestin, serta pencerobohan di Afganistan dan Iraq, jelas sekali pengabaian berlaku dalam pemikiran sistemik. Kini, tanpa kita sedari secara pemikiran sistematik oleh pelbagai pihak, memasukkan unsur yang kurang disedari orang ramai (sekiranya kita mengabaikan pula pemikiran sistemik) seperti perang pemikiran, program hiburan dan sebagainya bagi menjadikan kita terkepung dalam sistem yang ada.

Salah satu yang agak dekat dan hampir-hampir terjadi kepada negara kita sewaktu dulu ialah wujudnya pinjaman "dana pemulihan" oleh bank antarabangsa kepada negara miskin. Sedangkan di sebalik usaha itu sebenarnya untuk "membunuh kebangkitan" suatu negara daripada keadaan dan kehendaknya. Bukti terpampang di depan kita akibat tindakan yang terikat dengan sistematik semata- mata. Justeru, pemikiran sistemik mengajak kita menilai banyak aspek tentang keadaan dan kehendak kita selaras perkembangan dan cabaran yang perlu kita lalui.

Sebagai manusia kita tidak dapat lari untuk menjadi manusia yang mahukan kejayaan paling hebat dan ini mendorong kita menjadikan sejarah sebagai rujukan dan contoh. Kita cuba melihat kembali tamadun yang unggul dengan kejayaan dan kehebatannya. Melalui sejarah ini juga jelas terbukti zaman terdekat daripada segi kejayaan murni dan harmoni adalah zaman tamadun Islam ketika kemajuan melimpah ruah dan manusia dapat hidup aman dan damai seperti berlaku di Madinah, Mekah, Andalusia, Cordova dan beberapa tempat lain. Sehinggakan pada zaman ini, penganut agama Yahudi, Kristian dan agama lain dapat mengamalkan agama mereka dengan aman kerana Islam menghormati perbezaan agama.

Pemikiran sistemik juga adalah pola yang asing dengan keadaan sekarang tetapi diperlukan untuk kita mencontohi kehebatan tamadun yang bangkit menjulang berasaskan potensi dan kapasiti yang ada. Kesimpulannya, kita memerlukan pemikiran sistematik dalam kehidupan tetapi pemikiran sistemik menduduki tempat lebih utama supaya tujuan suatu perkara dapat dicapai bagi memenuhi keadaan dan kehendak yang bersifat terkini. Marilah kita bersama-sama mengembalikan kemuliaan diri kita sebagai hamba-Nya yang dikurniakan nikmat akal di muka bumi bagi memurnikan bumi-Nya. Kita berpotensi besar apabila kita tahu cara memandang dan memerhati sistem kehidupan yang menuju ke alam yang kekal abadi. Kita memerlukan sistem kehidupan yang selaras dengan keadaan dan kehendak dunia serta akhirat.

comments powered by

Isuzu D-Max V-Cross 3.0L

Posted: 03 Jul 2014 09:24 PM PDT

ISUZU Malaysia Sdn. Bhd. yang baharu melancarkan pikap terbaharu keluarannya, Isuzu D-Max V-Cross manual dan automatik serta V-Cross Safari 3.0L menyasarkan Sabah dan Sarawak sebagai pasaran utama. Prestasi luar biasa, bertenaga, kestabilan, dan paling penting penjimatan minyak menjadikan Isuzu D-Max V-Cross sesuai untuk dimiliki.

Bentuk muka bumi di Sabah dan Sarawak yang bergunungganang dan mencabar juga memerlukan pemanduan yang lebih lasak. Jawapannya ada pada Isuzu D-Max V-Cross. Pengurus Perancangan Produk, Wan Zaqi Zachari Wan Ahmad Nathri berkata, pihaknya menjangkakan pengenalan pikap baharu yang diberi penambahbaikan berbanding Isuzu D-Max 2.5L sebelum ini meningkatkan tahapnya sebagai ikon dalam dunia trak pikap "Kita mempertaruhkan Isuzu D-Max V-Cross 3.0 untuk mereka yang menginginkan lebih kuasa khasnya kepada mereka di Sabah dan Sarawak yang menjadi pasaran utama kita kerana bentuk muka buminya yang sesuai dengan penggunaan kenderaan pacuan empat roda(4WD)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada wakil media dari Sabah dan Sarawak yang mengikuti sesi pandu uji selama tiga hari di Pulau Pinang baru-baru ini. Katanya, dijana enjin 3.0 liter bercas turbo, V-Cross menghasilkan tork setinggi 380Nm bersama kuasa 177PS. "Rahsia terhasilnya kuasa berkenaan ialah penggunaan pengecas turbo Sistem Variable Geometry (VGS). "Kipas turbo yang boleh dilaraskan dalam turbin dibuka dan ditutup berdasarkan kelajuan enjin untuk mengoptimumkan aliran petrol," ujarnya.

Katanya, ini membolehkan turbin berputar sehingga kelajuan dengan lebih cepat pada rpm rendah, hampir menghapuskan turbo lag dan memberikan pecutan yang lebih baik. "Pada masa sama juga menawarkan penjimatan bahan api dan tahan lasak. "Bahagian enjin selebihnya juga mengekalkan ciri yang terbukti kebolehpercayaannya seperti rantai pemasaan keluli dan gear," jelasnya. Untuk enjin terkini, terdapat juga peningkatan seperti penggunaan antigeseran cecair sebaris untuk kekuatan tambahan dan reka bentuk kepala silinder 16 injap DOHC yang canggih. Untuk penghantaran kuasa yang lancar, D-MAX V-Cross ditawarkan dengan dua pilihan transmisi 5-kelajuan automatik dan manual. Katanya,kebanyakan ciri dan platform adalah berkongsi dengan varian D-Max 2.5 liter.

Bahagian kabin, V-Cross dilengkapi kawalan suhu automatik melalui satu kawalan b e r p u s a t p a d a papan pemuka yang mengawal sistem pengalihan udara. Mengambil berat isu keselamatan, V-Cross didatangkan dengan senarai ciri-ciri keselamatan aktif untuk melengkapkan casis dan struktur badan kukuh. Ciri standard yang didatangkan ialah ABS, EBD dan Brake Assist dan turut serta kawalan kestabilan elektronik dan kawalan cengkaman. Menerusi generasi baharu itu, V-Cross kelihatan lebih baik dan perincian kabin diberi perhatian tambahan yang bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan masa kini tetapi juga akan datang.

Pengendalian yang diberikan adalah baik dan powertrain baharu sungguh cekap dan berkuasa. Bagi pilihan paling premium, SAFARI, lebih banyak ciri-ciri yang ditawarkan. Antaranya, aero spoiler di bahagian kargo belakang, gril radiator, bamper hadapan yang eksklusif, rim aloi dengan rekaan tersendiri, dan rel bumbung dengan kemasan warna hitam matte beserta penutup dek belakang yang dikenali sebagai V-lid. Di bahagian dalaman, tempat duduk kemasan kulit Italian dengan jahitan warna oren, sementara dibahagian papan pemuka ter-dapat pemain DVD mult i m e d i a dengan paparan skrin sentuh bersaiz 6.2 inci, navigasi satelit, juga fungsi kamera undur.

Varian ini turut menonjol dengan pilihan warna eksklusif, Venetian Orange Mica. Wakil media turut merasai sendiri pengalaman mengendalikan Isuzu D-Max V-Cross yang mengambil masa kirakira dua jam perjalanan menggunakan lebuh raya dan jalan bandar ke Kedah Darul Aman untuk menguji prestasi enjin 3.0 liter. Enjin baharu berkenaan berjalan dengan lancar tanpa menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan daripada enjin diesel, malah enjinnya tidak begitu bising atau kasar terutamanya pada kelajuan tinggi. Permulaan pecutan cukup lancar tanpa hadirnya turbo lag. Tambahan kuasa dan tork memberikan pemanduan yang lebih dan menyeronokkan.

Ketika memandu pada kelajuan 110km/j, saya dapati enjin berputar sekitar 3000 rpm dan kemudian turun ke 2000 rpm apabila beralih ke gear 5. Skala berkenaan menyumbang kepada penjimatan bahan api. Berdasarkan pemerhatian saya penggunaan bahan api sepanjang perjalanan masih kekal penuh tanpa pengurangan. Keselesaan perjalanan agak baik dan jarak roda yang panjang membuatkan V-Cross lebih stabil di lebuh raya. Memandu sedikit laju di selekoh terasa olengan badan adalah minimum. Ini kerana pusat graviti yang lebih rendah. Keberatan stereng juga sederhana yang memberikan keselesaan mengendalikan sebuah pikap trak tanpa perlu bekerja keras.

Di Sarawak Isuzu V-Cross 3.0 liter manual dijual de-ngan harga RM102,138.60 (termasuk cukai jalan dan insurans), Isuzu V-Cross 3.0 liter automatik dijual dengan harga RM108,220.40 (termasuk cukai jalan dan insurans) manakala Isuzu V-Cross Safari 3.0 liter automatik dijual dengan harga RM120,304 (termasuk cukai jalan dan insurans). Pembeli boleh membuat pilihan warna antara Cosmic Black Mica (hitam), Garnet Red Mica (merah), Titanium Silver Metallic (perak), Splash White (putih) dan Venetian Orange Mica (hanya untuk Safari). Pembelian akan dilengkapi dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer.

Jangan takut benarkan anak tuntut ilmu

Posted: 03 Jul 2014 09:17 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

“Main buruk asal menang”

Posted: 03 Jul 2014 09:16 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Utamakan pelajaran anak

Posted: 03 Jul 2014 09:15 PM PDT

SIBU, Khamis – Majlis Ngiling Bidai bagi menanda berakhirnya sambutan Hari Gawai Dayak di perkarangan ibu pejabat Polis DiRaja Malaysia Kapit baru-baru ini cukup meriah sungguhpuh diraikan secara sederhana. Ketua Polis Daerah Kapit yang baharu, DSP Peter Umbuas yang menyempurnakan majlis ngiling bidai itu bersama-sama pegawai serta anggota lain-lain pangkat polis menyeri serta memeriahkan majlis berkenaan.

Berucap pada majlis itu, DSP Peter Umbuas menggesa semua anggota supaya mengutamakan pelajaran anakanak kerana masyarakat berilmu pengetahuan sahaja mampu bersaing dalam dunia yang semakin cepat berubah sekarang. Beliau berkata, mereka yang cemerlang dalam pelajaran akan berjaya dalam kehidupan. "Jika kita berilmu pengetahuan dan berkemahiran, kita mampu melangkah lebih jauh untuk membina kehidupan lebih baik. Sungguhpun kita berasal dari kampung tetapi jika kita berilmu pengetahuan, kita juga boleh maju setanding masyarakat di bandar".

Justeru, beliau menggesa ibu bapa (anggota polis) supaya memain peranan dan bersedia berkorban untuk kepentingan pelajaran anak-anak dan berkata, sekiranya anak-anak berjaya dalam pelajaran ia boleh membantu ibu bapa kemudian. Peter Umbuas turut menasihati anggota polis di Kapit supaya mempertahankan semangat kerjasama yang sedia terjalin dan bekerja dalam satu pasukan dan kejayaan menganjurkan majlis Ngiling Bidai itu adalah atas semangat bekerja dalam satu pasukan. "Saya berharap kita dapat menganjur majlis serupa pada Hari Raya kelak".

Hadir sama Ketua Cawangan Khas ASP Gregory Emelio, Ketua Pengurusan ASP Wilynton Enchana, Inspektor Nazri Daheri, Insp. Fauzan Abu Kasim, Inps. Mohd. Firdaus Mahadi, Insp. Jawie Hamata, Inps. Mohd. Ridzuan Zainuddin dan Insp. Fredly Juing. Johny Osman yang mewakili Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong turut hadir. Pada majlis itu, beliau mengumumkan geran RM5,000 daripada Wilson Ugak kepada polis Kapit bagi menjayakan aktiviti sosial yang mereka anjurkan. Peter Umbuas mengambilalih jawatan KPD Kapit daripada Supt.

Entusa Iman yang kini bertugas kepada Timbalan OCPD Daerah Kuching sejak 16 Februari, 2014. Mulai 16 Februari hingga 16 Jun, 2014, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ASP Chua Su Wan memangku jawatan KPD Kapit. Majlis serah dan terima tugas antara Chua Su Wan dan Peter Umbuas berlangsung di ibu pejabat Polis Kapit pada 16 Jun lalu dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, CP Dato' Wira Muhammad Sabtu. Peter Umbuas berasal dari Song dan membesar di Kapit dan telah berkhidmat dalam pasukan polis selama 32 tahun.

Beliau mula menyertai Pasukan Polis pada 1982. Tugas pertamanya ialah di Pasukan Polis Hutan di Sabah selama empat tahun dan kemudian berpindah ke Pasukan Polis Hutan, Kem Lanang, Sibu dan selepas itu ke Ibu Pejabat Pasukan Polis Hutan Kuching. Dari Kuching, Peter Umbuas dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Sibu dan bertugas di bahagian CID dari 1990 hingga 2000. Selepas itu dipindahkan ke Limbang untuk mengetuai Jabatan Narkotik. Peter Umbuas kemudian melanjutkan pelajaran dan lulus dalam bidang undang-undang (LLB) dari Universiti Islam Selangor. Selepas itu beliau bertugas sebagai Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Kota Kinabalu, Sabah, dari tahun 2008 hingga 2014 dan kini sebagai Ketua Polis Daerah Kapit.