“Fakta-Fakta Mengelirukan”? – Kami Terbitkan Lagi Banyak Dokumen! |
“Fakta-Fakta Mengelirukan”? – Kami Terbitkan Lagi Banyak Dokumen! Posted: 09 Jul 2014 06:18 AM PDT Bos SEB Torstein Dale Sjotveit telah terpaksa mengakui bahawa turbin-turbin yang dipasang di Empangan Tenaga Hidro Murum didapati "tidak sesuai dipasang dan digerakkan", walaupun kesemua turbin itu telah terpasang. Dia terpaksa mengumumkan ini sebagai "fakta" selepas Sarawak Report menerbitkan suatu laporan berahsia berkenaan keadaan turbin-turbin buatan China, yang ditauliahkan oleh SEB dari syarikat Norway, Norconsult. Penemuan itu timbul selepas ujian-ujian pemeriksaan, yang dijalankan pada tahun lepas, dan SEB dipercayai telah menerima laporan rasmi dalam bulan Mac tahun ini. Namun, keadaan itu telah dirahsiakan sehingga Sarawak Report membocorkan maklumatnya pada hari Jumaat lalu. Akan tetapi, Torstein Sjotveit telah menuduh bahawa Sarawak Report "telah memutarbelitkan fakta-fakta" dan mengatakan bahawa penemuan itu merupakan "rutin" semata-mata. Dia juga mendakwa bahawa tindakan untuk membaikpulih dan mengimpal semula turbin-turbin di tapak itu tidak seharusnya merisaukan terutamanya di segi kos berlebihan dan kelewatan. Dia mendakwa bahawa loji tenaga di Murum adalah "selamat sepenuhnya"! Jika di negara kelahirannya di Norway Torstein pasti akan diajukan beberapa soalan berupa soalsiasat dan pemeriksaan oleh pihak media, seperti yang dia faham. Satu persoalan penting adalah apakah kriteria yang membolehkan pemeriksaan ini dikatakan telah dilakukan pada "peringkat awal"? Lagi turbin-turbin itu telah didapati "tidak sesuai dipasang" sedangkan kesemua turbin itu telah siap dipasang. Para pakar telah mengesahkan kepada Sarawak Report, bahawa tempat yang paling sesuai untuk membetulkan kecacatan serius pada turbin-turbin yang dipercayai boleh mendatangkan malapetaka adalah di bengkel mesin. Para pakar juga telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa cubaan untuk membaipulih kerosakan pada kipas itu di tapak empangan sendiri bukan sahaja menyukarkan dan merbahaya, namun besar kemungkinannya gagal, terutamanya untuk kegunaan jangka masa yang panjang. Menurut pakar kejuruteraan empangan Professor Daniel Kammen dari Universiti Berkley, California yang ditemubual oleh Sarawak Report pada minggu lepas, kerja-kerja baikpulih ditapak empangan itu sendiri adalah suatu usaha yang luar biasa. Menurutnya, walaupun amalan membaikpulih di tapak empangan itu mungkin pernah dilakukan, dia belum pernah mendengar mengenainya dan pada pendapatnya amalan sedemikian tidak akan berjaya sepenuhnya untuk kegunaan sebuah stesen janakuasa tenaga hidro yang berkesan. Ini kerana kesemua turbin itu harus ditetapkan, dan melakukan penetapan di tapak empangan adalah lebih sukar berbanding di bengkel itu sendiri. Turbin-turbin yang cacat, seperti yang telah dipasang di Murum, akan mengisar bebola galas dan dalam masa yang singkat, akan pecah. Kos dari kerosakan berkenaan pengeluaran tenaga elektrik dan produktiviti dari empangan itu adalah amat besar. Kini kami boleh menerbitkan salinan dokumen yang kami terima dan surat yang berkaitan (lihat juga salinan yang di bahagian akhir artikel ini). Surat dan dokumen itu menunjukkan bahawa Pengurus Teknikal, Frankie Chin, adalah orang yang paling risau di mana isu-isu penting harus dinilai dan diselesaikan dengan mengambil keputusan luar biasa dalam usaha untuk membetulkan turbin-turbin yang cacat pada tapak empangan. Dalam senarai yang dibuat oleh Chin adalah keselamatan pekerja. Dokumen itu menuntut jaminan daripada syarikat Three Gorges Dam bahawa keadaan kerja yang merbahaya untuk menjalankan kerja-kerja kimpalan di tempat yang terlampau tinggi di tapak turbin itu adalah selamat. Dia merujuk pada keadaan pengudaraan dan gas merbahaya dan kemungkinan keracunan gas dan kebakaran. Dia ingin mendapatkan jaminan bahawa para pekerja kimpalan akan melakukan baikpulih yang sukar seperti bekerja secara terbalik dan dari pelbagai sudut. Ianya bukan setakat mengambilkira keselamatan, malah kos baikpulih Chin telah mempastikan bahawa banyak peralatan dan kelengkapan yang baru akan diperlukan di samping mengupah pekerja baru yang mahir dalam bidang itu. Maka, kenapakah Torstein mengatakan tiada sebarang kos dilibatkan atau tiada masalah di segi kelewatan? SEB telah menuntut agar kos membetulkan kecacatan pada turbin itu ditanggung oleh kontraktor mereka seperti syarikat Three Gorges Dam. Namun, tanpa menjawab persoalan yang dikemukakan, Torstein telah menumpukan usahanya menganjurkan majlis meraikan para wartawan tempatan yang meliputi mengenai SCORE. Usaha ini merangkumi membiayai majlis makan malam untuk para wartawan tempatan pada malam Jumaat lalu di samping menyampai beberapa anugerah kewartawanan (semua dibiayai menggunakan dana awam). 'Kerja baikpulih' di Murum itu merupakan tanda-tanda seperti melepaskan batuk di tangga. Lagi pun dia pernah mengatakan bahawa dia akan 'membangunkan' Sarawak untuk faedah rakyat Sarawak sendiri, kini bos SEB itu telah membuat keputusan meletakkan jawatannya seawall bulan Oktober nanti. Torstein, dan para kontraktor dari China akan menunjukkan satu pencapaian bersama, iaitu mempersembahkan sebuah empangan yang akan beroperasi selama setahun atau lebih sahaja, sehingga ke semua mereka telah balik ke negara asal mereka, dengan membawa bersama mereka saham-saham dari projek yang dibiayai menggunakan wang pinjaman negeri Sarawak. Kebanyakan wang keuntungan itu telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat-syarikat milik keluarga bekas Ketua Menteri, yang mentauliahkan projek itu. Dia telah melakukan sesuatu kerja yang kurang baik dan dilihat sebagai tidak cekap. Laporan Norconsult telah menggariskan scenario yang buruk jika seandainya turbin-turbin itu berlaku kegagalan. Paling buruk, menurut mereka, akan berlaku malapetaka yang akan menyebabkan banjir dan kebakaran dalam loji pam. Media Malaysia pernah melaporkan bencana dalam 2009 yang menyaksikan kemalangan akibat kerosakan empangan elektrik hidro di Rusia. 75 orang pekerjanya terbunuh, setelah kipas turbin yang tidak diatur dengan sempurna telah tercabut dan menghempap loji pamnya, menyebabkan banjir dan kemusnahan berskala besar. Maka, apakah maksud Torstein dengan mengatakan bahawa empangan Murum adalah selamat sepenuhnya? Keangkuhan Torstein mencerminkan bahaya di samping keenggannya memohon maaf. |
Posted: 09 Jul 2014 06:04 AM PDT Sebengkah pejalai ingin pengeluar kuasa karan hidro ti nyelai ti tau mai penusah besai bisi ditemu ba palan pengeluar kuasa karan hidro di Murum, munyi ti bisi ayan dalam dokumen resia ti bisi datai ba Sarawak Report, dalam sebengkah atur ti nguji miki daun kipas ti enda manah digaga dalam injin nya, ti udah dipasang. Langkar atur pengawa ti udah ditiriska nunjukka langkar pengawa nya meri arah ngagai bala enjinir bekereja ba endur ti tinggi sereta tau nganu nyawa ketegal gas ti tiris enggau letup ti tau nyadi dalam ruang betutup, ba sebengkah atur dikena sida miki daun kipas injin nya, ti udah "diseteri enggau chara ti enda manah" lalu mega "enda diempelas enggau manah". Atur pengawa ti patut dikereja nya ngerumbak baru 4 buah injin besai turbin kuasa karan hidro nya, ti udah dipasang dalam dinding tekat ti baru tembu digaga – sebengkah chara kereja ti begunaka pengawa ngerubuhka dinding lalu muai mayuh bendar simim ti endur injin nya dipasang. Kebuah ti deka ngerumbak baru injin enggau kipas turbin nya udah bekau repot meresa semua injin nya "enda betul dipasang". Pengerugi ari ungkus enggau timpuh maya ti lubah nya ngemediska ati. Tang, datai ke sehari tu nadai sebarang penerang ari opis kompeni Sarawak Energy tauka Perintah Menua Sarawak bekaul enggau penanggul dalam projek nya. Repot ti enda besenutuk ti dikeluarka kompeni SEB madahka pengawa ngaga tekat nya dikereja enggau mujur lalu nitihka langkar kereja, ti endur kuasa karan ari tekat nya deka dikeluarka ba pun bulan Semilan taun tu ila. Sekeda ari dokumen ti bisi datai a kami nya repot ti penuh ti mantaika baka ni kipas turbin diberi ari kompeni menua China, Three Gorges Dam Development (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak kompeni telesak ari indu kompeni Three Gorges ti udah mujur ngaga Tekat Three Gorges di menua China, udah ditemu "enda manah" lalu "enda ngemenuhka spesikasyen kontrak" nya. Repot nya udah dikeluarka ari kompeni Norconsult ari menua Norway, ti udah diberi tanggung pengawa meresa tekat ai nya ba ujung taun nyin kemari, lalu repot nya udah diserahka ngagai Sarawak Energy ba bulan Tiga taun tu tadi, besereta enggau langgur langkar pengawa dikeluar ngulihka turbin ti stindit, taja pan diatu semua turbin ti deka diguna nya udah tembu pasang magang. Penanggul ti besai nya bepanggai ba kualiti pengawa besi ba daun kipas turbin nya, berindik ba penerang enggau gambar ti bisi diberika ngagai Sarawak Report. Perengka ti dikumbai 'runner' musin ke daun kipas turbin lebuh maya kipas nya ke duju ai ari tekat. Tang, pengawa nguji sereta mereka ti dipejalaika kompeni Norconsult nya nunjukka kualiti ti enda manah dikena ba semua runner ti udah dipasang nya. Dalam repot nya suah bendar leka jaku "bekau pengawa ti enda manah" enggau leka jaku "nadai diempelas enggau menyana" dikena nerangka daun kipas ba injin turbin nya. Repot nya mega bisi nyebut pasal 'rekah' enggau 'gelembung angin', ti ba timpuh ti enda lama agi deka nyadi 'besi ti deka rusak'. Mayuh gambar foto ngena enselup bechura mirah udah dikirumka ngagai Sarawak Report, ti ngayanka penanggul nya, ti bisi nyadi ba semua daun kipas turbin ti udah diperesa ba 3 ari 4 buah runner di Murum. Daun kipas nya ditemu kasar lalu enda licin, ti disadang tau mai penanggul lalu ngujungka daun kipas deka patah. Siku tuai enjinir ti pandai dalam pengawa ngeluarka kuasa karan ari California, ti udah teleba enggau gaya di menua Sarawak, Professor Daniel Kammen ari Universiti Berkley, udah meresa penerang ti bisi ba kami nya lalu madahka Sarawak Report gambar foto nya nunjukka kualiti daun kipas nya endang amat enda manah. Peresa ti dipejalaika Professor Kammen ba penerang nya endang dikamatka komen ti dipansutka Norconsult ti dipejalaika sida kena 20hb Mac, nunjukka rekah enggau jembul ba daun kipas turbin nya ngujungka kipas nya patah lalu tingkil. Jembul ba besi tau ngujungka pengerusak ngagai selampur injin turbin nya. Kompeni Norconsult udah nyediaka siti rintai atur pengawa ti patut dipejalaika enti sema pengerusak nya nyadi bepun ari penimpang nya udah ngenakutka ati raban pengurusan pemadu tinggi dalam SEB enggau bala tuai perintah dalam kabinet Menua Sarawak dalam bulan Mac tu tadi. Penanggul tu disadang deka mai pengerusak ngagai injin nya enggau mega bah enggau pengangus dalam palan kuasa nya. Tang nadai siti pan penanggul ti disadang nya, baka ti udah direpotka kenyau ari bulan Tiga tu tadi, bedau diterangka ngagai orang mayuh. SEB enggau Perintah Menua Sarawak udah ngepunka projek tu ngena atur belalai, ngisi duit agih belanja bebilion-bilion ringgit taja pan kena bantah raban penyakal lalu diatu penanggul ba injin turbin nya mega dipelalaika, enda setipak enggau jaku pengandal ati sida ke projek nya dulu ari tu! Ngena chara ti enda ngaku bisi penanggul ba tekat nya, ti diseretaka enggau penerang baka ti diberi ngagai Sarawak Report nya udah nunjukka SEB enggau bala kontraktor sida udah milih bejalaika atur pengawa ti nyelai sereta berisiko tinggi chara belalai dikena sida miki turbin ba tekat nya. Sarawak Report bisi bulih penerang ti nunjukka sebengkah aum entara SEB enggau kompeni ngaga tekat ari menua China udah mutuska runding sida nguji miki kipas turbin ba tekat nya empang, lalu enda nyeliahka sadang bekaul enggau pengawa ngerumpang sereta muai turbin ti udah dipasang nya. Siti rintai atur pengawa udah digaga ke atur pengawa ti nyelai dikena miki turbin ba tekat Murum. Pekara pengelikun nya nyengkaum nyediaka pengawa masang perancha ke pengawa ba endur ti kelalu tinggi; nyediaka diri napi sebarang pekara jai tau nyadi, penusah angus, gas tiris, asap berachun, etb; atur pengawa besambungka besi enggau tubuh pengereja pengawa ti chukup dikena napi pengawa ba endur ti mar, tinggi sereta enda likun. Sarawak Report mengkang bedau nerima sebarang berita ari Murum ke pengawa tu sekali ke udah tauka bedau dipejalaika enggau mujur. Tang bala orang ti pandai ba pengawa nya meri tangkan ti endur SEB enggau kontraktor sida ngambika bejalaika atur miki ti nyelai chara lalu bedau kala dikereja sapa-sapa sebedau tu, ba sebarang tekat kuasa karan. Tang, chara nya disadang mejal semua orang ti bisi tanggung pengawa bekaul enggau tekat Murum nya patut ngaku penimpang ti udah nyadi nya ngagai rayat menua Sarawak – ke sebengkah pengawa ti dikereja enggau enda manah atur datai ngagai tikas bala orang ti bepangkat. Enti tuju ke bendar ngaga tekat Murum nya ukai dikena ngeluarka kuasa karan tang dikena mai penguntung bebilion-bilion ringgit ngagai sekeda orang politik, engka kuasa perintah ti diatu nya enggau mega SEB enda peduli. Tang, rayat Sarawak ngambi berat lalu Torstein ari SEB diatu patut nerangka enggau silik ngagai rayat Sarawak baka ni, enggau ngena semua pengelandik ba iya empu, ulih masang turbin ti bisi penimpang ti berega beratus juta ringgit engga enda ibuh meresa enggau silik sebedau belabuh masang nya suba. REPOT TI SILIK BEKAUL ENGGAU TURBIN DI MURUM TAU DIPEDA DITU
|
You are subscribed to email updates from Sarawak Report To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |