22:54:00

Ayumi Hamasaki kahwin kali kedua


Ayumi Hamasaki kahwin kali kedua

Posted: 15 Mar 2014 01:20 PM PDT

Ayumi Hamasaki kahwin kali kedua

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 16-Mar-2014


BARU-BARU ini diva berasal dari Jepun, Ayumi Hamasaki mengumumkan bahawa dia berkahwin kedua kalinya. Kali ini suaminya seorang doktor. Pasangan ini bercinta setahun sebelum bertunang pada penghujung 2013. Ayumi sendiri menjelaskan dia tidak mengandung.

Diva berusia 36 tahun ini mendedahkan mereka berkahwin di Los Angeles pada Februari lalu. Namun baru minggu ini mereka mendaftar di Jepun. Pada 2011, Ayumi Hamazaki berkahwin dengan model dari Australia yang dua tahun lebih muda daripadanya.

Meskipun peminat menyokong keputusan Ayumi Hamazaki kembali berkahwin, namun ramai peminat mempunyai pendapat lain. Ada yang berpendapat bahawa pengumuman perkahwinan Ayumi ini hanya untuk mendapatkan perhatian sebelum dia mengeluarkan album pada tahun ini.

comments powered by

Jun Kun hilang bersama MH370

Posted: 15 Mar 2014 01:19 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Tegar Bikers lancar logo rasmi

Posted: 15 Mar 2014 01:18 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Sukar buat MU sekat Liverpool

Posted: 15 Mar 2014 01:16 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

PSG yakin menang lagi

Posted: 15 Mar 2014 01:15 PM PDT

LIGUE 1 PERANCIS

SETELAH mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu, Paris Saint-Germain akan berharap untuk mencatat keputusan baik menentang pasukan badi mereka Saint-Etienne dalam Ligue 1 hari ini.

Kelab daripada ibu negara Perancis itu cerah daripada kemenangan 2-1 mereka menentang Bayer Leverkusen yang menyaksikan mereka menang pertemuan pusingan kedua Liga Juara dengan agregat 6-1 dan terus meningkatkan keyakinan dan mengalih semula tumpuan mereka kepada mengekalkan gelaran domestik mereka.

Pasukan Laurent Blanc tidak tewas dalam 12 permainan liga dan menghadapi perlawanan hujung minggu ini lapan mata di hadapan pencabar terdekat Monaco di puncak liga.

Jurulatih akan memanggil semula beberapa pemain yang direhatkan pada pertengahan minggu, termasuk bekas kapten Saint-Etienne, Blaise Matuidi, dan beliau akan mengharapkan persembahan lebih baik daripada pasukannya setelah mereka gagal untuk mencapai persembahan terbaik menentang Leverkusen.

"Ia bukan persembahan PAG yang hebat. Saya menjangka lebih banyak daripada pasukan saya, tetapi kami akan meneruskannya sekarang dan bimbang mengenai perlawanan menentang Saint-Etienne," kata Blanc selepas perlawanan Khamis lepas.

"Perkara serius akan bermula sekarang dan pemain akan lebih bermotivasi. Kami berada pada landasan untuk mempunyai musim yang amat, amat baik tetapi apa yang menjadi perkiraan di akhir musim ialah trofi. Kami mempunyai liga dan Piala Liga ( di mana mereka akan menentang Lyon dalam perlawanan akhir bulan depan) dan kami mahu melangkah sejauh mungkin dalam Liga Juara."

Les Verts, naib juara Piala Eropah pada 1976, mempunyai rekod yang baik menentang Paris SG, walaupun mereka melepaskan kelebihan dua gol dalam keputusan seri 2-2 di Stade Geoffroy-Guichard pada Oktober dan tewas dalam masa kecederaan di Paris dalam Piala Liga, Disember lepas.

Dan pasukan Christophe Galtier mengalami kehampaan hujung minggu lepas apabila mereka kekalahan 1-0 di Lorient menamatkan rentak lima perlawanan tanpa kalah mereka.

Keputusan tersebut turut menyaksikan mereka keciciran empat mata di belakang Lille, yang menduduki tempat ketiga dan terakhir kelayakan ke Liga Juara, tetapi kapten Loic Perrin percaya mereka mempunyai peluang untuk melakukan kejutan di Parc des Princes.

"Apabila anda melihat apa yang dilakukan oleh PSG dalam Ligue 1 dan di Eropah, ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar," kata pemain pertahanan tengah itu. - AFP

Huntelaar bantu Schalke

Posted: 15 Mar 2014 01:15 PM PDT

Huntelaar bantu Schalke

Tarikh Disiarkan : 16-Mar-2014


KLAAS JAN JUNTELAAR menjaringkan dua gol semalam untuk memberi Schalke kemenangan 2-1 di Augsburg dan membolehkan Royal Blues melonjak ke tempat ketiga dalam Bundesliga.

Kemenangan ini membolehkan Schalke mengutip 47 mata, naik tiga mata di atas Bayer Leverkusen di tempat keempat, bermakna mereka kini berada dalam kedudukan automatik layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Setelah menjaringkan hatrik hujung minggu lepas, Huntelaar mengekalkan prestasi baik beliau dengan menjadikan jumlah beliau kepada lima gol dalam dua perlawanan terakhir.

Tobias Werner membuka jaringan buat tuan rumah, yang mengharungi rentak satu kekalahan dalam 12 perlawanan sehinggalah kekalahan semalam, pada minit kelima berikutan kesilapan pemain pertahanan pelawat.

Huntelaar menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menolak bola muntah apabila bekas menjaga gol Arsenal, Alexander Manninger gagal menangkap dengan kemas percubaan Kevin-Prince Boateng.

Dan gol kedua beliau, yang ketujuh dalam tahun ini, diperolehi empat minit selepas babak kedua bermula.

Ia merupakan keputusan baik menjelang kunjungan Schalke ke Real Madrid pada Rabu untuk perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara, mereka teas 6-1 di tempat sendiri dalam perlawanan pertama. - AFP

comments powered by