22:31:00

“Liverpool ajar MU di Old Trafford”


“Liverpool ajar MU di Old Trafford”

Posted: 17 Mar 2014 12:29 PM PDT

"Liverpool ajar MU di Old Trafford"

Tarikh Disiarkan : 18-Mar-2014


STEVEN GERRARD menyempurnakan dua sepakan penalti dengan Liverpool kini menghampiri pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dengan hanya empat mata setelah menang 3-0 di Manchester United kelmarin.

Gerrard menemui sasaran dari jarak 11 meter dalam setiap babak sebelum Luis Suarez menambah gol ketiga pada minit ke-84 untuk memberi Liverpool kemenangan pertama mereka di Old Trafford dalam tempoh lima tahun.

Gerrard seharusnya mendapatkan hatrik daripada sepakan penalti, dengan penalti ketiga terkena tiang selepas kapten MU, Nemanja Vidic dilayang kad kuning kedua kerana menjatuhkan Daniel Sturridge, tetapi ia terbukti tidak penting.

Gerrard berkata keputusan ini membuktikan yang Liverpool merupakan "pencabar sebenar" gelaran, tetapi walaupun mereka bermain kurang satu perlawanan berbanding Chelsea, pengurus Brendan Rodgers menyuarakan rasa berhati-hati.

"Penguasaan kami dalam perlawanan ini amat jelas," katanya. "Kami  tidak diragui lagi boleh menjaringkan lima atau enam gol dan ia membuktikan kualiti pemain.

"Tetapi kami tidak akan terbawa-bawa. Ia keputusan yang menarik dan keyakinan kami amat tinggi ketika ini, tetapi tumpuan kami hanya kepada perlawanan seterusnya."

Sementara Rodgers kelihatan seperti berpotensi menjadi juara dengan setiap persembahan, musim MU terus tidak menentu.

Ini merupakan kekalahan kelima juara bertahan di tempat sendiri dalam kempen ini dan setelah memulakan perlawanan 11 mata di bawah tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah, harapan mereka untuk menduduki empat tempat teratas bagaikan sudah lenyap.

Dengan itu, perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah di tempat sendiri Khamis ini menjadi lebih penting, tetapi dengan MU ketinggalan 2-0 daripada perlawanan pertama, mungkin terdapat lebih banyak kehampaan menanti mereka.

"Ia penting untuk kami mendapatkan gol pada babak kedua, tetapi kami melepaskan satu lagi gol dan ia menjadikannya amat sukar buat kami," kata pengurus MU, David Moyes.

"Ia kelihatan seperti kami semakin jauh (daripada tempat keempat). Kami sedar mengenainya, tetapi kami akan terus berjuang," katanya. – AFP

comments powered by

Tiga sekawan buat persiapan awal

Posted: 17 Mar 2014 12:29 PM PDT

Tiga sekawan buat persiapan awal

Tarikh Disiarkan : 18-Mar-2014


REGATA BARAM 2014 akan bermula lebih tiga bulan lagi, namun bagi tiga sekawan Mahadi Jabiew, Salleh Sait dan Awang Sujai Awang Rahman dari Kampung Pemindahan Marudi mereka telah menubuhkan sebuah pasukan bagi kategori perlumbaan perahu panjang. 

Untuk memastikan persiapan berjalan lancar Awang Sujai dan dua rakannya itu sekarang bergiat melakukan persiapan rapi dengan membuat satu lagi perahu panjang dengan muatan 25 pengkayuh. 

"Melihat tiada anak-anak muda atau golongan belia di kampung ini berminat untuk membuat perahu panjang, maka kami bertiga pergi ke hutan untuk mencari kayu yang sesuai yang boleh untuk dibuat perahu panjang." kata Salleh.

Katanya usaha mereka mencari kayu yang dikehendaki untuk dibuat perahu panjang berhasil iaitu dengan menggunakan kayu Alan Batu yang cukup tahan.Menurut Salleh proses membuat perahu tidak lama dan dengan pengalaman, mereka boleh menyiapkannya dalam masa sebulan. 

Katanya sebaik sahaja perahu siap diproses sepenuhnya mereka bersetuju untuk menamakan perahu tersebut dengan gelaran "Sri Lipan Satu " dan turut bersetuju melantik Pengerusi Jawatankuasa Surau Kampung Pemindahan Reduan Taha sebagai pengurus mereka nanti.

Perahu yang sudah seminggu dibuat itu berharap mampu memberi saingan kepada pemilik perahu lain dalam saingan Regata Baram nanti dan setakat ini mereka bertiga mempunyai dua buah perahu. 

Mereka bertiga berharap dengan adanya dua perahu bagi mewakili Kampung Pemindahan mendapat sokongan warga belia di kampung itu untuk menyertai perlumbaan bagi kategori perahu panjang pada Regata Baram yang bakal diadakan pada 22 sehingga 24 Ogos nanti.

comments powered by

Sarawak tunjuk kualiti

Posted: 17 Mar 2014 12:28 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Drogba: "Awas Chelsea"!!!

Posted: 17 Mar 2014 12:26 PM PDT

PENYERANG Galatasaray, Didier Drogba memberi amaran kepada Chelsea untuk tidak menjangka sebarang belas kesihan apabila dia membuat kepulangan penuh emosi ke kelab lama beliau untuk perlawanan penentuan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah hari ini (3.45 pagi Rabu waktu M'sia).

Pasukan Jose Mourinho masih lagi merasa hampa selepas kekalahan 1-0 di Aston Villa Sabtu lepas menamatkan rentak 14 perlawanan tanpa kalah mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan mereka  berhadapan dengan tekanan dalam perlumbaan mengejar gelaran.

Blues tewas dengan penuh bergaya dengan Willian dan Ramires masing-masing diperintah meninggalkan padang, sementara Mourinho turut diarah meninggalkan garisan tepi padang oleh pengadil, Chris Foy selepas melangkah ke dalam padang kerana membantah berikutan kad merah yang diterima Ramires.

FA akan melihat laporan perlawanan Foy sebelum membuat keputusan untuk mendakwa Mourinho, tetapi Chelsea perlu bangkit dengan cepat untuk menghalang harapan musim mereka berakhir dengan tangan kosong.

Pasukan Mourinho kekal berada empat mata di puncak EPL, tetapi mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan sebarang kesilapan dalam Liga Juara, di mana kemenangan atau keputusan seri yang tinggi buat Galatasaray dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge akan membolehkan kelab Turki itu layak ke suku akhir berikutan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Istanbul bulan lepas.

Drogba, yang kekal rapat dengan Mourinho dan dilaporkan membuat pertimbangan untuk kembali ke Chelsea sebagai penyerang pengurus itu musim depan, menang segala hadiah utama dalam tempoh lapan tahun beliau di barat London.

Dia merupakan hero dalam kemenangan perlawanan akhir Liga Juara 2012 di Bayern Munich, menjaringkan gol penyamaan dan kemudian menyempurnakan penalti penentuan untuk mengesahkan Chelsea gelaran Piala Eropah pertama mereka.

Terdapat berita baik buat Mourinho selepas perlawanan dengan Villa dengan Samuel Eto'o dijangka cergas untuk pertemuan dengan Galatasaray.

Eto'o tidak bermain menentang Villa, tetapi Fernando Torres menunjukkan persembahan hambar menggantikan tempat beliau dan Mourinho berkemungkinan meletakkan Cameroon itu kembali dalam pasukan.

Walaupun mengalami kekalahan Sabtu lepas, Chelsea masih kekal sebagai pilihan untuk layak ke suku akhir di Eropah, yang akan menjadi tonik utama buat Mourinho, yang tidak pernah menyembunyikan rasa tidak suka beliau ke atas jurulatih Galatasaray, Roberto Mancini.

"Di Istanbul kami berjumpa dan hanya berkata 'helo'. Jelas sekali kami bukan kawan," Mancini dipetik sebagai berkata kepada akhbar Itali, La Repubblica.

"Saya tidak fikir Mourinho mahu mempunyai kawan, atau mungkin dia hanya mahu kelihatan begitu." - AFP

Jaringan Rosicky pastikan Arsenal kembali bersaing

Posted: 17 Mar 2014 12:25 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Moyes: Lebih sukar daripada yang dijangka

Posted: 17 Mar 2014 12:24 PM PDT

Moyes: Lebih sukar daripada yang dijangka

Tarikh Disiarkan : 18-Mar-2014


PENGURUS Manchester United, David Moyes mengakui yang beliau mendapati tugas beliau lebih sukar berbanding apa yang beliau jangkakan selepas kekalahan menghampakan 3-0 di tangan musuh ketat Liverpool.

Kekalahan semalam merupakan yang kesembilan buat MU dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), lima daripadanya dicatat di tempat sendiri, dan membayangi kekalahan 4-1 di Manchester City pada September yang membuktikan pergelutan kelab musim ini.

Juara bertahan hanya melakukan satu percubaan menemui sasaran sepanjang permainan, sementara pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendakwa yang pasukannya "boleh menjaringkan lima atau enam gol".

Dengan MU kini berada 12 mata di bawah tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah, setelah bermain lebih dua perlawanan berbanding pasukan tempat keempat City, harapan mereka untuk menempah tempat ke pertandingan kelab paling elit Eropah itu kini bagaikan sudah berakhir.

Ia baharu 10 bulan sejak Alex Ferguson mengundur diri sebagai pengurus selepas menyaksikan kelab merangkul gelaran liga ke-20 mereka, dan Moyes mengakui rentak pantas yang menyaksikan kemerosotan MU telah mengejutkan beliau.

"Tugas ini akan sentiasa menjadi sukar," katanya. "Ia lebih sukar daripada apa yang saya sangkakan. Ya, saya boleh kata begitu."

MU hanya menewaskan sebuah pasukan yang kini berada di kedudukan sembilan teratas dalam EPL Ñ Arsenal, pada November, tetapi Moyes tetap menafikan kemerosotan.

"Ia menunjukkan kepada anda yang kami tidak melakukan perkara dengan baik seperti apa yang sepatutnya," katanya.

"Kami harus bermain dengan lebih baik dan menjadikan diri kami sukar untuk ditewaskan, sukar untuk ditentang, dan kami juga harus memastikan kami mencipta dan menyempurnakan lebih banyak peluang." - AFP

comments powered by