09:03:00

Court says NO to ‘Allah’ in Catholic Herald


Court says NO to ‘Allah’ in Catholic Herald

Posted: 23 Jun 2014 09:03 AM PDT

Today, Malaysia's Federal Court rejected the appeal by Malaysia's Catholic Church to use the word "Allah" in their weekly publication "The Herald". We interview MP for Penampang, Darell Leiking, who regrets the decision made by the court and feels the court has been pressured by a small group of people. He emphasises that Malaysia is a secular country as guaranteed in the Malaysian constitution.

Peter John, better known as Papa Orang Utan catches up with Michael Ngau regarding Taib Mahmud's latest bogus remark that he will not leave the Dayak community behind. Just how has Taib helped the Dayak community over the past 30 years??

RFS are saddened to hear the passing of DAP politician Wong Ho Leng. Serdang MP Dr. Ong Kiang Ming offers condolences to his family and reflects on his political life in Sarawak. Dr Kiang Ming also questions why the Government is still silent on the implementation of the lower secondary assessment system (PT3) this year. He also states that it is ridiculous that PERKASA President Ibrahim Ali challenges the Government to close vernacular schools.

And we get a call from Ambrose Man, from Belaga. He expresses his dissatisfaction that the Dayak community fell for Government bribes during the last election. He urges the Dayak community to stay strong in the face of bribery.

Stay tuned!

Pada hari ini, RFS sempat menemubual YB Darell Leiking, MP Penampang berkenaan pandangan beliau terhadap keputusan mahkamah persekutuan yang menolak rayuan Gereja Katolik Malaysia untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan mereka, Herald. Beliau kesal kerana keputusan itu dibuat semata-mata mengikut sentimen dan desakan kelompok kecil extrimis agama dan membelakangkan semangat perjanjian malaysia 1963 serta tidak selari dengan artikel 11 perlembagaan persekutuan sekaligus menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular.

Randau diantara Micheal Ngau bersama Peter John berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh TYT Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyatakan semua bangsa dayak tidak ketinggalan didalam pembangunan yang pesat. Peter yang juga terkenal dengan panggilan Papa Orang Utan ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Dr.Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang mengucapkan takziah kepada mendiang keluarga Wong Ho Leng. Beliau berkata ia merupakan satu kehilangan besar dan tak mungkin ada pengganti. Beliau juga mempersoalkan kerajaan yang masih gagal memberi penjelasan berhubung pelaksanaan sistem Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, walaupun sudah masuk semester kedua persekolahan. Beliau juga menyatakan PERKASA mengarut apabila Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mencabar untuk menutup sekolah vernakular.

Akhir sekali, RFS mendapat panggilan masuk daripada seorang penduduk di Rumah Ukit, Sujan Belaga iaitu Ambrose Man. Beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bangsa dayak yang begitu senang terpedaya dengan sogokan kerajaan semasa pilihanraya yang lalu. Sebelum pilihan raya sokong PKR tetapi setelah diberikan wang semasa pilihan raya terus sahaja bertukar arah.

Teruskan bersama kami!