09:14:00

Murum Penan face further exploitation!


Murum Penan face further exploitation!

Posted: 20 Feb 2014 03:43 AM PST

On today's show – We speak to PKR Chairman YB Baru Bian on complaints from Indigenous Penan communities in Metalun, Murum. They say that they are being charged exorbitant ferry fees. Bian says the Government should immediately stop charging the Penan high fees to prevent further exploitation of indigenous people in Murum. We hear an exclusive commentary from RFS commentator Christina Suntai. Last Wednesday, Naroden Majais warned native landowners not to bring their problems to the opposition, telling them that BN alone can serve the people. It is well known that Naroden Majais owns several palm oil plantations which are illegally on Native Customary Rights land in the area of Simunjan and Balai Ringin. And we speak to Dr. John Brian Anthony, NCR specialist Nicholas Mujah and many more. Don't miss today's show!

RFS hari ini bermula dengan komentari dashyat dan tajam oleh Christina Suntai. Rabu lepas, Naroden Marjais memberi amaran kepada pemilik tanah asal supaya tidak membawa masalah mereka kepada pihak pembangkang, dan dia memberitahu hanya wakil BN sahaja yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tanah mereka.  Sungguh tepat dengan gelaran beliau sebagai Raja Kelapa Sawit, yang terkenal memiliki beberapa ladang kelapa sawit di sekitar Simunjan dan Balai Ringin hasil dari merampas ribuan hektar tanah NCR penduduk tempatan. Aduan yuran yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan feri di Empangan Murum telah menarik perhatian pengerusi PKR negeri Baru Bian. Baru, yang merupakan anggota DUN Ba Kelalan, berkata kerajaan perlu segera campur tangan untuk mencegah pengksploitasian berterusan terhadap masyarakat Penan dari Metalun sebagai pengguna kerap perkhidmatan feri. Menurut beliau lagi, ini adalah satu eksploitasi yang serius. Beliau menyeru pihak kerajaan untuk campur tangan dengan kadar segera supaya dapat memberhentikan kegiatan samseng untuk terus mengambil kesempatan dan mengeksploitasi segalanya, tegas beliau semasa ditemubual oleh RFS hari ini. Untuk temuduga selanjutnya kita bersama dengan Hendry, Dr. John Anthony Bryan, Nicholas Mujah dan Garai hanya di RFS !

The last week on RFS

Show archive