23:23:00

16 parah ditembak tentera Israel


16 parah ditembak tentera Israel

Posted: 22 Feb 2014 10:06 AM PST

16 parah ditembak tentera Israel

Tarikh Disiarkan : 23-Feb-2014


GAZA CITY, Wilayah Palestin, Sabtu — Enam belas warga Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel semalam dalam dua insiden berasingan berhampiran pagar sempadan di Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan Palestin. Ashraf al- Qudra, jurucakap kementerian kesihatan Hamas berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala di timur laut Gaza City berhampiran Jabalia.

Tiga belas warga Palestin yang membaling batu pada tentera Israel juga cedera apabila tentera melepaskan tembakan terhadap mereka, tambah sumber itu. Jurucakap tentera Israel memberitahu AFP "beratusratus rakyat Palestin" telah membaling batu ke arah tentera Israel di luar pagar sempadan dan cuba untuk mensabotajnya.

Askar-askar telah melepaskan tembakan dengan peluru hidup terhadap pelampau selepas percubaan untuk menyuraikan mereka gagal, katanya.Dalam kejadian lain seorang kanak-kanak lelaki Palestin , juga berusia 12 , cedera parah oleh tembakan Israel berhampiran Sufa lintasan timur Rafah di selatan Gaza, beritahu Qudra kepada AFP. Seorang pegawai keselamatan Hamas cedera apabila dia ditembak di kaki, tambahnya. Sumber keselamatan Hamas memberitahu AFP beberapa kanak-kanak, yang merupakan penduduk di kawasan itu, sedang bermain berhampiran sempadan apabila mereka ditembak di oleh tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, tentera telah mengenal pasti "satu suspek bersenjata" sedang menghampiri pagar keselamatan dan melepaskan tembakan amaran sebelum menggunakan peluru hidup. Sumber keselamatan Israel memberitahu AFP suspek bersenjata itu berkemungkinan besar pegawai Hamas tetapi mereka tidak menyedari kanakkanak telah terkena peluru Israel di sana.-AFP

comments powered by

Facebook beli Whatsapp pada harga AS$16 bilion

Posted: 22 Feb 2014 10:05 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Penderaan seksual : Bekas tahanan Guantanamo tuntut ganti rugi

Posted: 22 Feb 2014 10:05 AM PST

WASHINGTON, Sabtu — Lima bekas tahanan Guatanamo menuntut rugi bagi apa yang mereka katakan sebagai penderaan seksual, mental dan fizikal bertahun lamanya di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS), tempat mereka ditahan tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan .

Mereka yang menuntut ganti rugi itu berasal dari Turki, Uzbekistan dan Algeria, yang kini menetap di negara-negara lain , yang mendakwa di mahkamah rayuan AS pada Jumaat bahawa mereka menjadi bahan seksaan yang termasuk bogel paksa, gangguan seksual dan dipukul, pertama di Afghanistan dan kemudian di penjara tentera di Cuba. Hakim akan membuat keputusan mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi, tetapi salah seorang daripada mereka, Hakim David Tatel berkata, pegawai tentera dan orang awam di Pentagon telah gagal dalam menjalankan tugas mereka.

"Tugas mereka adalah untuk melindungi tahanan daripada penyesaan, mereka telah gagal untuk berbuat demikian," katanya. Russell Cohen, peguam bagi bekas-bekas tahanan berkenaan, dalam rayuan itu mengatakan: "Daripada interaksi terdahulu dengan askar dan penyoal siasat AS, Encik Celikgogus, Encik Sen , Encik Mert, Encik Hasam dan Encik Muhammad telah mengalami penyeksaan fizikal, mental dan agama yang dilakukan oleh tentera dan / atau orang awam Amerika Syarikat yang berada di bawah kuasa arahan pegawaipegawai di Jabatan Pertahanan."

Cohen berkata dalam rayuan itu bahawa tiga daripada lelaki itu telah menghabiskan masa selama dua tahun lagi di Guantanamo selepas mereka telah dibersihkan untuk pembebasan, dan "terus mengalami kesan fizikal dan mental ekoran penahanan, penderaan dan penyeksaan terhadap mereka, dan stigma bahawa mereka pernah ditahan di Guantanamo. " "Plaintif telah dikenakan pelbagai bentuk penderaan agama dan budaya," katanya, sambil menambah bahawa ini termasuk rampasan Quran mereka.Kerajaan AS berpendapat bahawa baik AS mahupun undang-undang antarabangsa terpakai.

"Plaintif tidak mempunyai hakhak perlembagaan kerana mereka adalah orang asing bukan pemastautin di luar wilayah berdaulat Amerika Syarikat," kata kerajaan dalam jawapannya. Shayana Kadidal, kakitangan kanan peguam di Pusat bagi Hak Perlembagaan yang tidak berasaskan keuntungan berkata, kehidupan lelaki-lekaki berkenaan telah mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.

"Kerajaan AS mengakui mereka dipenjarakan dengan tidak adil selama bertahun-tahun namun enggan membayar ganti rugi kepada mereka dan membantu mereka membina semula kehidupan mereka. Guantanamo mungkin ditutup satu hari nanti, tetapi selagi pentadbiran Obama enggan memohon maaf ke atas apa sahaja yang telah berlaku di sana, mereka ini akan menderitai kesannya selama-lamanya," katanya.

Bekas bos mafia nekad pulang dari pembuangan

Posted: 22 Feb 2014 10:04 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

17 mayat dalam satu kubur tidak bertanda

Posted: 22 Feb 2014 10:04 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Enam pelanggan Boulevard bawa pulang produk Samsung

Posted: 22 Feb 2014 10:03 AM PST

Enam pelanggan Boulevard bawa pulang produk Samsung

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 23-Feb-2014


KUCHING, Sabtu - Seramai enam pemenang bertuah masing-masing membawa pulang hadiah berupa satu unit elektronik berjenama Samsung sempena sambutan ulang tahun keenam kompleks beli-belah Boulevard. Antara pemenang yang berjaya ialah Leong Li Min, 26, Nur Ruzanna Dolhan, 26, Then Ming Ted, 51, Tan Mei Voon, 28, Emmanuel Joseph Fong Tsung, 31 and Fadhlina Mohamad Ahmad.

Sementara itu, hadiah istimewa berupa alatan elektronik dapur dimenangi seramai 16 pemenang bertuah iaitu Nelly Jangan, Lim Voon Chou, Fiona Peter Nangi, Lu Soh Khuan, Nurul Fatehah, Soon Lian Hua, Leanne Lim, Stephanie Sunti Paler, Hii Lu Nguong, Wong Chen Yi, Kuon Kong Chung, Jelia Mohamad, Hajiah Haji Ahmad, Kueh Hong Hung, Maswuyah Bujang dan Hiu Suk Chin. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Pusat Beli Belah Boulevard, Lim Beng Wee. Acara cabutan bertuah bermula pada 5 Oktober yang lalu hingga 5 Januari 2014 dan telah menerima sebanyak 250,000 penyertaan.

comments powered by