23:24:00

Perhitungan Tottenham, Dnipro


Perhitungan Tottenham, Dnipro

Posted: 19 Feb 2014 09:46 AM PST

Perhitungan Tottenham, Dnipro

Tarikh Disiarkan : 20-Feb-2014


BEKAS pengurus Tottenham Hotspurs, Juande Ramos akan bersatu semula dengan pasukan Liga Perdana Inggeris itu dalam pertemuan peringkat 32 pasukan terakhir Liga Europa hari ini apabila Spurs berkunjung ke Ukraine untuk perlawanan pertama mereka menentang Dnipro. Ramos mengemudi Tottenham merangkul gelaran Piala Liga pada 2008, kali terakhir kelab dari London itu memenangi trofi, tetapi dipecat musim berikutnya selepas kurang setahun memegang jawatan tersebut.

Jurulatih dari Sepanyol ini, dua kali menjulang Piala UEFA ketika berada di Sevilla, memberitahu dia berhadapan dengan tugas sukar jika dia mahu mengulangi kejayaan tersebut bersama Dnipro. "Spurs begitu kuat. Mereka merupakan pasukan pilihan dan terdapat peluang yang baik kami akan tersingkir," beritahu Ramos kepada harian Britain, The Guardian.

"Seorang pemain Spurs mungkin budjet setahun kami. Anda boleh menyiapkan pemain dan Spurs masih boleh menjaringkan empat gol. Mengapa? Kerana mereka lebih baik. "Saya boleh katakan: "Berjaga- jaga Aaron Lennon pantas di luar. Mereka kini tahu, voomvoom dan dia hilang. Apa yang akan anda lakukan, lontar tali ke arah beliau?" ujar Ramos.

Spurs kini bersaing dalam perebutan empat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dan walaupun akan berkunjung ke Norwich hanya tiga hari selepas melakukan perjalanan 4,828km ke timur Eropah, pengurus Tim Sherwood menegaskan di akan membariskan pasukan terkuat menentang Dnipro. "Saya sukakannya (Liga Europa). Banyak perlawanan yang menanti tetapi kami tidak perlu bimbang mengenainya. "Kami sudah tersingkir daripada semua pertandingan lain dan kami mempunyai skuad yang cukup besar," kata bos Spurs, yang boleh menerima kembali pemain tengah dari Brazil, Sandro selepas berehat selama dua bulan. - AFP

comments powered by

Mata harap MU layak ke Liga Juara-Juara

Posted: 19 Feb 2014 09:45 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

PSG belasah Leverkusen

Posted: 19 Feb 2014 09:45 AM PST

PSG belasah Leverkusen

Tarikh Disiarkan : 20-Feb-2014


ZLATAN IBRAHIMOVIC menjaringkan dua gol untuk membolehkan Paris Saint-Germain berada pada landasan yang betul untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas kemenangan 4-0 mereka di Bayer Leverkusen dalam pertemuan pertama pusingan kedua semalam. Leverkusen, menduduki tempat kedua dalam Bundesliga di belakang Bayern Munich, mengalami kekalahan ketiga berturut-turut mereka di tempat sendiri dengan pasukan Paris SG, Laurent Blanc jarang diancam di BayArena dengan Ibrahimovic menjadi arkitek kemenangan dengan dua gol dalam tempoh tiga minit separuh pertama.

"Kami mempunyai permulaan yang baik dan apabila anda mendahului dengan satu gol, ia lebih mudah, ia memberi anda ruang," kata Ibrahimovic. "Kami mempunyai separuh pertama yang baik dan meneruskan corak permainan kami selepas rehat, apabila mereka bermain dengan hanya 10 orang, jadi ia hari yang baik," jelasnya. Pemain sayap kiri Blasie Matuidi meletakkan Paris SG di hadapan dengan perlawanan baru berlangsung kurang dua minit sebelum Ibrahimovic menyempurnakan sepakan penalti, kemudian menambah gol kedua melalui percubaan kencang untuk menjadikan kedudukan 3-0 ketika rehat.

Pemain gantian Yohan Cabaye kemudian menambah gol keempat Paris SG sejurus sebelum wisel penamat. Ini bermakna pemain berusia 32 tahun Ibrahimovic menggantikan tempat Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak pertandingan dengan 10 gol dalam enam perlawanan Liga Juara musim ini selepas bintang Sweden itu menjaringkan empat gol ketika membelasah RSC Anderlecht 5-0 di Belgium, Oktober lepas. Bayer bermain dengan hanya 10 orang apabila pemain yang diarah mengawal Ibrahimovic, Emir Spahic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua untuk setengah jam terakhir permainan.

Jurulatih Leverkusen, Sami Hyypia kini berhadapan tugas sukar untuk cuba menyelamatkan sesuatu dalam perlawanan kedua di Paris pada 13 Mac. Pemain pertahanan Leverkusen, Omer Toprak mengadu: "Pada separuh pertama, kami bermain tanpa motivasi, dengan perasaan takut. Saya tidak tahu mengapa kami bermain seperti itu tetapi dalam apa juga kes, kami bermain dengan amat buruk sekali. Paris memijak kami. Ia terlalu mudah buat mereka." – AFP

comments powered by

Ibrahimovic: Singkirkan terus skuad Leverkusen

Posted: 19 Feb 2014 09:44 AM PST

Ibrahimovic: Singkirkan terus skuad Leverkusen

Tarikh Disiarkan : 20-Feb-2014


ZLATAN IBRAHIMOVIC menggesa Paris Saint-Germain untuk terus menyingkirkan Bayer Leverkusen selepas kemenangan 4- 0 mereka di Jerman yang menyebabkan mereka semakin hampir layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Bintang Sweden itu menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit pada separuh pertama dengan pendahulu Ligue 1 Perancis itu mengamuk di BayArena, Leverkusen dalam perlawanan pertama pusingan kedua semalam.

Bayer bermain dengan hanya 10 orang pada setengah jam terakhir apabila pemain yang diarah mengawal Ibrahimovic, Emir Spahic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua. Dua gol Ibrahimovic membolehkan beliau mendahului senarai penjaring terbanyak pertandingan dengan 10 gol dalam Liga Juara daripada enam perlawanan, satu lebih berbanding Cristiano Ronaldo dari Real Madrid. Ini merupakan persembahan lima bintang daripada Paris SG, tetapi Ibrahimovic merendah diri apabila ditanya jika pasukan dari Paris ini adalah pasukan terbaik yang pernah beliau sertai.

"Saya telah bermain dalam pasukan hebat, jadi ia sukar untuk dikatakan, anda boleh mempunyai pasukan yang hebat, tetapi tidak menang trofi, pertama sekali kami perlu menyelesaikan tugas kami," kata Ibrahimovic, 32. Pemain tengah Blaise Matuidi meletakkan Paris SG di hadapan seawal minit kedua sebelum Ibrahimovic menyempurnakan penalti, kemudian melakukan percubaan kencang untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat. Pemain gantian Yohan Cabaye kemudian menambah gol keempat Paris SG dua minit sebelum tamat untuk melengkapkan pesta gol pelawat. "Kami menemui semula bola sepak yang kami tunjukkan di peringkat kumpulan, ia lebih baik daripada apa yang kami tunjukkan pada permulaan tahun dan saya amat berpuas hati melihatnya," kata jurulatih Paris SG, Laurent Blanc.

"Pemain bermain dengan amat baik sekali dan saya harus memuji mereka atas persembahan ini. Blanc bertindak mengurangkan jangkaan dan berkata Paris SG tidak sabar untuk menghadapi perlawanan kedua dan mengesahkan satu lagi kemenangan ke atas Leverkusen, yang kini telah tewas enam daripada lapan perlawanan terakhir mereka. "Tidak kisah bagaimana perlawanan pertama berakhir, kami masih lagi mempunyai perlawanan kedua, jelas sekali ia langkah besar untuk layak ke suku akhir. tetapi kami mahu menang perlawanan kedua di Parc des Princes," kata Blanc.

"Kami mempunyai keinginan dalam pertandingan ini. "Ini hanya satu permainan dan kami masih boleh bertemu pasukan lain yang mempunyai lebih banyak pengalaman, tetapi sudah tentu harapan dan jangkaan semakin bertambah." – AFP

comments powered by

Barcelona ranapkan City

Posted: 19 Feb 2014 09:43 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Malaysia terus unggul

Posted: 19 Feb 2014 09:41 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.