23:38:00

Bayern Munich kenduri jaringan


Bayern Munich kenduri jaringan

Posted: 24 Feb 2014 08:59 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

FAM serius tangani antikeganasan

Posted: 24 Feb 2014 08:58 AM PST

FAM serius tangani antikeganasan

Tarikh Disiarkan : 25-Feb-2014


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan Kempen Antikeganasan Bola Sepak sebagai langkah awal membendung gejala itu daripada merebak dalam arena sukan bola sepak negara. Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah meskipun beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini boleh disifatkan sebagai kes terpencil namun usaha membendungnya perlu dilakukan supaya ia tidak merosakkan imej negara dan sukan bola sepak.

"Kempen ini amat penting bagi membina kesedaran dalam kalangan penonton supaya datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dan memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing dan bukan untuk mecetuskan kekecohan," titahnya. Justeru, FAM membuat ketetapan baharu untuk meletakkan bendera yang tertera logo kempen antikeganasan bola sepak di stadium pada setiap perlawanan Liga Malaysia. Bendera tersebut akan mula dikibarkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Harimau Malaya dan Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 1 Mac ini. Pada majlis yang sama, baginda turut melancarkan kempen 'One Goal' anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

FAM menjadi badan induk bola sepak pertama di Asia memberi pengiktirafan kepada program 'One Goal' iaitu bertujuan menangani masalah amalan pemakanan yang tidak sihat serta halangan bagi negara Asia dalam membangunkan sukan bola sepak. Sementara itu, Tengku Abdullah turut mengumumkan pemilihan barisan kepimpinan badan itu sempena Kongres FAM ke-50 akan diadakan pada 25 Mei ini.

"Mesyuarat terakhir exco FAM akan diadakan pada 19 April ini dan pencalonan anggota exco bagi penggal baharu mula dibuka selama sebulan, mulai hari ini," kata baginda. Mengenai jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya, Tengku Abdullah bertitah FAM telah menilai beberapa calon termasuk dua calon baharu dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat. Tugas membimbing skuad bola sepak negara itu kini digalas oleh jurulatih sementara iaitu Datuk Ong Kim Swee setelah FAM membuat keputusan tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal yang berakhir pada 31 Dis lalu.

Dalam pada itu, mengulas siasatan insiden membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, 1 Feb lepas, naib presiden FAM Datuk Afandi Hamzah berkata keputusan hanya dibuat selepas pihak Sekretariat FAM mendapat laporan hasil siasatan polis.- BERNAMA

comments powered by

Tottenham terlepas peluang

Posted: 24 Feb 2014 08:57 AM PST

Tottenham terlepas peluang

Tarikh Disiarkan : 25-Feb-2014


TOTTENHAM Hotspurs mempunyai peluang untuk mengurangkan kelebihan Liverpool kembali kepada tiga mata dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road, tetapi ia adalah Norwich yang mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Robert Snodgrass pada minit ke-47.

Pemain tengah Scotland menjaringkan gol hasil hantaran Bradley Johnson untuk membolehkan Norwich naik empat mata di atas zon penyingkiran dan mengancam usaha Spurs untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Pemain gantian Roberto Soldado melepaskan peluang baik untuk menyamakan kedudukan buat Spurs apabila percubaan beliau tersasar keluar beberapa minit selepas masuk sebagai pemain gantian, sementara sepakan percuma lewat Johnson terkena palang sebelum keluar.

"Saya fikir kami begitu buruk pada separuh pertama," beritahu pengurus Tottenham, Tim Sherwood kepada Sky Sport. "Kami menyaksikan peningkatan selepas rehat, tetapi mereka memperolehi gol yang memberi kelebihan kepada mereka. "Babak kedua lebih baik seperti apa yang kami tahu kami boleh lakukan, tetapi kami amat hampa. Kami harus memperketatkan keseluruhan persembahan kami," ujarnya. Pengurus Norwich, Chris Hughton berkata dua "amat bangga" dengan pemain beliau. "Sentiasa terdapat sedikit ketakutan memandangkan kami berada pada prestasi terbaik, tetapi tanpa mendapat keputusan yang sememangnya kami perolehi," katanya.

"Kami mempunyai sebuah kumpulan pemain yang baik di sini, dan sebuah kelab di mana kami semua menuju ke arah yang betul." Dalam perlawanan lain, Loic Remy menandakan kepulangan beliau dalam pasukan Newcastle selepas penggantungan dengan menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk membantu Magpies menang 1-0 ke atas Aston Villa. Kemenangan ini membolehkan pasukan Alan Pardew memintas Southampton dan naik ke tempat kelapan, sementara Villa kekal di tempat ke-13. - AFP

comments powered by

Ujian getir tunggu Dortmund

Posted: 24 Feb 2014 08:57 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Liverpool akan terus menyerang

Posted: 24 Feb 2014 08:56 AM PST

Liverpool akan terus menyerang

Tarikh Disiarkan : 25-Feb-2014


PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers berkata pasukannya akan terus bermain dengan corak permainan bola sepak menyerang mereka dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 24 tahun.

Kemenangan 4-3 ke atas bekas kelab Rodgers, Swansea semalam mengekalkan Liverpool berada empat mata di belakang pendahulu dan memberi mereka kelebihan enam mata ke atas pasukan tempat kelima Tottenham dalam saingan menduduki empat tempat teratas. Dengan 70 gol dalam liga setakat ini, Liverpool sudah memintas Manchester City sebagai penjaring terbaik dalam EPL dan walaupun kerapuhan barisan pertahanan menyebabkan Rodgers mempunyai sebab untuk bimbang, dia berkata yang beliau tidak akan mengubah pendekatan beliau. "Ia bukan stail kami," kata Rodgers.

"Saya sentiasa berkerja untuk bermain bola sepak yang baik. Saya bukanlah seseorang yang berpuas hati sepenuhnya mengenai keputusan. "Ia pada peringkat musim di mana ia mengenai kemenangan; itulah mengenai sukan profesional di peringkat ini. "Tetapi bagi kami, saya akan sentiasa memberi tumpuan ke atas persembahan kerana akibat menunjukkan persembahan baik dengan konsisten ialah anda mendapat keputusan yang dikehendaki.

Kami telah membuktikannya musim ini," ujarnya. "Sudah banyak kali musim ini apabila kami bercakap mengenai nasib. Dan hari ini (Ahad) kami tidak berada pada tahap terbaik kami, tetapi kami menjaringkan empat gol dan menang perlawanan."

Dua gol masing-masing buat Daniel Sturridge dan Jordan Henderson mengesahkan kemenangan dan bermakna Liverpool telah mengutip 31 mata daripada 33 mata yang ditawarkan di Anfield. Bagaimanapun, pemain Swansea, Wilfried Bony turut menjaringkan dua gol, sementara bekas pemain tengah Liverpool, Jonjo Shelvey menambah satu lagi gol, dengan pelawat mendedahkan kelemahan barisan pertahanan yang mungkin menyebabkan Rodgers tidak tidur lena. - AFP

comments powered by

Liverpool kukuhkan kedudukan

Posted: 24 Feb 2014 08:55 AM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.