00:30:00

Semua kanak-kanak akan dapat peluang belajar


Semua kanak-kanak akan dapat peluang belajar

Posted: 11 Feb 2014 05:22 PM PST

Semua kanak-kanak akan dapat peluang belajar

Tarikh Disiarkan : 12-Feb-2014


KUALA LUMPUR, Selasa — Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata 3.6 peratus daripada lima juta kanak-kanak di negara ini terpinggir daripada arus pendidikan antara lain disebabkan kemiskinan dan tidak mampu mengikut modul pembelajaran kelas biasa. Idris berkata cabaran kini adalah untuk memastikan kanak-kanak terbabit dapat bersekolah dan diberi peluang pendidikan menjelang 2020. Bagaimanapun, katanya, penyertaan kanak-kanak terbabit ke sekolah meningkat 2.1 peratus sejak tiga tahun lepas iaitu 94.3 peratus (2009), 94.7 peratus (2010) dan 96.4 peratus (2012).

"Pencapaian ini membanggakan namun masih terdapat ruang untuk dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi," katanya selepas menerima Perpustakaan Permainan dan Studio Muzik daripada Pengerusi Yayasan Emkay Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di sini hari ini. Idris berkata bagi mencapai sasaran itu, kementerian memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib sebelum ini yang mana ibu bapa wajib mendaftarkan kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dengan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Idris berkata penubuhan SBJK juga merupakan satu daripada inisiatif bagi memberi akses kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan pada masa sama mengurangkan kadar keciciran dan memberi peluang membentuk laluan kerjaya kepada golongan itu.

"Perpustakaan permainan dan studio ini antara cara untuk menarik minat mereka ke sekolah dan diterapkan ke dalam sistem pembelajaran khusus untuk kanak-kanak jalanan yang tidak bersekolah," katanya. Dalam pada itu, Idris berkata kementerian memberi jaminan tidak akan timbul lagi masalah dan isu berbangkit mengenai sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) apabila ia siap ditambah baik dan dilaksana 1 April ini. Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankanguru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan padalewat malam.

Sementara itu, Mustapha Kamal berkata perpustakaan permainan itu dilaksanakan secara projek printis untuk kanak-kanak masyarakat orang Asli di Hutan Belum, Perak pada 2003 sebelum digerakkan ke seluruh negara. "Kami dapati ia berjaya mencungkil minat kanak-kanak yang tercicir dan memupuk minat dalam asas pembelajaran seperti mengira, membaca dan menulis. Menurutnya program itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yayasan itu bagi membantu kerajaan memberi kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak tercicir termasuk di pedalaman seluruh negara. -- BERNAMA

comments powered by

Lima premis perniagaan dikenakan kompaun RM100

Posted: 11 Feb 2014 05:21 PM PST

Lima premis perniagaan dikenakan kompaun RM100

Tarikh Disiarkan : 12-Feb-2014


BINTULU, Selasa — Sebanyak lima premis perniagaan masingmasingnya dikenakan kompaun bernilai RM100 semasa pemeriksaan dijalankan sepanjang skim kawalan harga pada musim perayaan Tahun Baharu Cina. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Bintulu, Mohamad Drahman berkata lima premis tersebut gagal meletakkan tanda harga yang berwarna merah jambu pada barang-barang yang terkawal.

"Pemeriksaan baharu sahaja selesai dijalankan sepanjang pelaksanaan skim kawalan harga Tahun Baharu Cina dan sejumlah 1072 premis perniagaan runcit serta 102 pemborong telah diperiksa di sekitar Bintulu termasuk Tatau dan Sebauh.

"Semasa pemeriksaan diadakan, lima premis didapati bersalah kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu dan dikenakan kompaun sebanyak RM100," katanya. Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat, PPDNKK di sini, hari ini. Tambah Mohamad, kesalahan tersebut telah tertakluk mengikut Perintah 2 (1) Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Penandaan Harga Barangan Terkawal 2014.

Setakat itu, katanya, tiada sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang melebihi harga barang kawalan. Mohamad memberitahu Operasi Harga 2 (Ops Harga 2) masih diteruskan sehingga 30 Jun 2014, yang bertujuan untuk memantau dari semasa ke semasa agar tiada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan melampau sehingga menaikkan harga sebanyak dua kali ganda. "Kementerian amat memandang serius akan isu kenaikan harga kerana hak pengguna atau pelanggan perlu diutamakan dan mereka berhak membuat aduan sekiranya mendapati harga barang tidak mengikut harga pasaran," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut memperkenalkan timbalan beliau yang baharu iaitu Salihin Den yang mula melaporkan diri pada 1 Februari 2014. "Saya berharap rakan-rakan media juga boleh memberi kerjasama kepada timbalan baharu saya dan boleh juga menghubungi beliau semasa ketiadaan saya di pejabat," katanya.

comments powered by

Pengusaha Kem PLKN digesa dapatkan Sijil ISO

Posted: 11 Feb 2014 05:20 PM PST

SIBU, Selasa – Semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang belum mendapat pensijilan ISO (International Standard Organisation) di seluruh negara diberi masa selama enam bulan untuk terus berusaha mendapatkannya.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrasid berkata, gesaan kepada kem-kem yang belum mendapatkan sijil ISO itu adalah untuk memestikan kem-kem terbabit mematuhi peraturan yang dikenakan.

"Kita berharap menjelang pertengahan tahun ini semua kem akan mematuhi peraturan untuk membolehkan mereka mendapat pensijilan ISO," katanya bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kem PLKN Junaco Park di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negera, Dato Abdul Hadi Awang Kechil, Komandan Kem PLKN Junaco Park, Lt. Kol. Mohd. Melintang Abdullah dan pengusaha kem, Khiu Siong Hii hadir sama.

Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, salah satu keutamaan yang perlu dipatuhi oleh setiap kem ialah soal keselamatan dan menyedia kemudahan yang selesa kepada semua pelatih.

Mulai tahun ini, beliau berkata, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara akan melaksanakan program transformasi untuk memantapkan lagi pengurusan, keberkesanan modul latihan dan bilangan penyertaan di semua kem di seluruh negara.

"Bilangan penyertaan bergantung kepada kemampuan kerajaan," katanya sambil menganggap PLKN itu amat baik dan berkesan menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini dan perlu diteruskan.

Sungguhpun belanja mengurus PLKN itu besar, tetapi dividennya mengantungkan negara dari memupuk perpaduan dan kesatuan di kalangan masyarakat berbilang kaum di seluruh negara, tegas beliau dan menambah, perpaduan adalah elemen amat penting untuk membangunkan negara.

Sambil memberitahu Kem PLKN Junaco Park adalah yang terbesar di negara ini dan dilengkapi dengan banyak kemudahan, beliau berharap ia dapat menjadi petanda aras kepada kem-kem lain untuk menyediakan kemudahan tambahan serupa.

Berucap di hadapan 447 pelatih di kem terbabit terdahulu, Noor Ehsanuddin menegaskan, PLKN boleh menjadi peneraju dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan menanam semangat perasaan cinta rakyat kepada negara dan kesukarelaan.

Beliau berkata, memupuk perpaduan nasional, perasaan cinta kepada negara dan kesukarelaan adalah teras kepada pembentukan sebuah negara yang harmoni, aman dan makmur.

"Disebabkan banyak kemudahan yang disediakan oleh kem ini, mungkin inputnya boleh dijadikan standard kepada kem-kem PLKN yang lain," katanya dan menegaskan, kementerian dan jabatan akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan transformasi di kem-kem PLKN tahun ini.

Hak pemilik tanah terpelihara

Posted: 11 Feb 2014 05:20 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Peserta PLKN Bukit Saban berlatih di Kampung Sessang

Posted: 11 Feb 2014 05:19 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Rumah pekerja ladang terbakar,14 individu hilang tempat tinggal

Posted: 11 Feb 2014 05:19 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.