23:29:00

Lebih 90 peratus aduan BPA berjaya diselesaikan


Lebih 90 peratus aduan BPA berjaya diselesaikan

Posted: 28 Dec 2013 05:35 PM PST

Lebih 90 peratus aduan BPA berjaya diselesaikan

Tarikh Disiarkan : 29-Dec-2013


PETALING JAYA, Sabtu - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menyelesaikan 91.4 peratus atau 8,907 kes daripada 9,713 aduan yang diterima sepanjang tahun ini hingga Khamis lepas. Ketua Pengarahnya Datuk Mahani Tan Abdullah berkata sementara 806 kes lagi, atau 8.3 peratus masih dalam tindakan BPA.

"Aduan mengenai kelewatan ataupun tiada tindakan yang diambil antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 50 peratus, kualiti perkhidmatan tidak memuaskan sebanyak 12.6 peratus, kegagalan penguatkuasaan (9 peratus), kekurangan kemudahan awam (8.8 peratus) dan aduan ke atas tindakan tidak adil (6.7 peratus), manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada lain-lain aduan.

"Daripada jumlah aduan yang diterima di seluruh negara, 6,080 aduan ataupun 63 peratus adalah terhadap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan, manakala 3,633 ataupun 37 peratus adalah aduan terhadap kerajaan negeri," katanya semasa berucap di Program Mesra Rakyat BPA Tahun 2013 Daerah Petaling di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat BPA Tan Sri Abdul Halim Ali, Anggota Lembaga Penasihat BPA Datuk N. Siva Subramaniam dan Pengarah Aduan Awam Majlis Bandaraya Petaling jaya Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin.

Sementara itu, Mahani ketika ditemui pemberita berkata Program Mesra Rakyat yang merangkumi sesi dialog bersama penduduk setempat merupakan usaha BPA untuk memberi peluang kepada rakyat mengutarakan aduan secara bersemuka, selain berinteraksi bersama mereka.

"Sebanyak 24 soalan daripada penduduk setempat telah dikumpulkan menerusi sesi dialog ini dan kami akan menyalurkannya kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Katanya, lebih daripada 20 jabatan kerajaan, pihak berkuasa serta badan berkanun telah mengambil bahagian dalam sesi dialog bersama penduduk antaranya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). — Bernama

comments powered by

Perbuatan sia-sia

Posted: 28 Dec 2013 05:34 PM PST

Perbuatan sia-sia

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 29-Dec-2013


MELAKA, Sabtu - Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada malam Sambutan Tahun baharu Selasa depan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini, kata Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Anggota Dewan Negara itu berkata sebaliknya, mereka yang tidak berpuas hati dengan isu seperti kenaikan harga barang dan tarif elektrik perlu menyalurkan bantahan mereka melalui saluran yang betul seperti menghantar nota bantahan, mengadakan forum atau pertemuan dengan pemimpin terbabit.

Beliau berkata media arus perdana dan media baharu boleh digunakan rakyat untuk menyuarakan bantahan dengan jelas, malah media sosial juga boleh digunakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati secara terus tentang sesuatu isu kepada pemimpin negara. "Dengan adanya segala saluran ini di hujung jari, tiada sebab untuk guna demonstrasi haram untuk menyuarakan bantahan," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mohd Ali, yang diiringi Pendekar Negara Tan Sri Omar Din Mauju dan kirakira 50 anggota Pesaka, membuat laporan di Balai Polis Kandang bagi membolehkan polis menyiasat penganjuran perhimpunan berkenaan. Di KOTA KINABALU, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Sabah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis ini. Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Kota Kinabalu Ruhsimah Zakaria berkata pihak polis juga diminta bertindak ke atas penulis laman blog atau media sosial yang mempromosi perhimpunan berkenaan.

"Kami menyokong sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Karamunsing pada kira-kira 3 petang. Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik, yang membuat laporan di balai polis sama, pula mengecam sebarang tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu yang mengajak rakyat ke jalanan. Beliau berkata usaha itu langsung tidak mencerminkan jati diri rakyat negara ini, khususnya Sabah, yang mencintai keamanan dan keharmonian.

Sementara itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sepanggar yang diketuai Ketua Wanita bahagian berkenaan Datuk Jainab Ahmad Ayid membuat laporan sama di Balai Polis Menggatal. Jainab, yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, berkata rancangan itu dianggap tidak munasabah serta bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini. -- BERNAMA

comments powered by

Sherwood mahu julang Tottenham

Posted: 28 Dec 2013 05:33 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Man. City mesti ’tekan’ Arsenal !

Posted: 28 Dec 2013 05:33 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Cardiff pecat pengurus

Posted: 28 Dec 2013 05:32 PM PST

Cardiff pecat pengurus

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 29-Dec-2013


SKUAD Cardiff milik warga Malaysia, Vincent Tan memecat pengurus pasukan, Malky Mackay selepas tewas 3-0 kepada Soutahmpton dalam aksi di gelanggang sendiri Khamis lalu. Sebelum ini pemilik lelab meminta beliau meletak jawatan atau dipecat. Kenyataan kelab menjelaskan: "Pihak Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Cardiff City akan melantik pengurus baharu."

Mackay bekas pengurus skuad Watford begitu kecewa dengan keputusan pihak kelab terhadapnya. Mackay menyatakan beliau dua kali memujuk Tan dan Dalman untuk berbincang atas perbezaan pendapat mereka terhadap pasukan, namun ia ditolak oleh Tan. Mackay yang dikatkan untuk menyertai West Brom cuba mempertahan kedudukannya, namun dikecam hebat oleh Tan.

Para penyokong Cardiff pula memberi sokongan kepada Mackay dengan teriakan "Jangan pecat Malky Mackay" ketika aksi Khamis lalu. Mackay merupakan mangsa keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kehilangan kerja selepas pemecatan Andre Villas-Boas (Tottenham), Steve Clarke (West Brom), Martin Jol (Fulham), Ian Holloway (Crystal Palace), dan Paolo Di Canio (Sunderland). Mackay meninggalkan Cardiff selepas mengemudi kelab kerdil itu ke final Piala Liga 2012. Cardiff kini berada di tangga ke-16 liga, satu mata di atas zon penurunan.

comments powered by

Wenger cabar barisan pemain

Posted: 28 Dec 2013 05:32 PM PST

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.