23:39:00

BAM perkenal kem percubaan, penilaian


BAM perkenal kem percubaan, penilaian

Posted: 22 Dec 2013 07:36 AM PST

BAM perkenal kem percubaan, penilaian

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memperkenalkan Kem Percubaan dan Penilaian Latihan Pemain Negeri untuk mengenal pasti bakat baharu yang boleh digilap menjadi pemain kebangsaan pada masa akan datang. Program dari 16 hingga 20 Dis ini diadakan di Sports Arena Sentosa di Taman Sri Sentosa.

"Dua belas pemain berusia 14 hingga 16 tahun yang dipilih dari semua negeri dibawa ke pusat itu untuk dikenal pasti dan dibuat penilaian tentang kemahiran permainan masing-msing," kata BAM. Di samping membuat penilaian tentang ranking, jurulatih beregu kebangsaan Tan Kim Herr juga berkongsi pengalamannya sebagai jurulatih dan pemain untuk memberi perangsang kepada pemain muda.— Bernama

comments powered by

Bola Malaysia mengecewakan!

Posted: 22 Dec 2013 07:35 AM PST

Bola Malaysia mengecewakan!

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong melahirkan rasa kecewa dengan kegagalan pasukan bola sepak negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dalam Sukan SEA edisi Indonesia dua tahun lepas.

Beliau berkata kegagalan itu mengecewakan kontinjen negara apabila terlepas satu pingat emas menerusi sukan nombor satu rakyat Malaysia. "Saya memuji kesungguhan yang telah ditunjukan oleh pemain kita yang dilihat bersungguh- sungguh ketika turun menentang Indonesia," katanya.

"Namun nasib tidak menyebelahi kita apabila Indonesia berjaya mengatasi Malaysia menerusi penentuan penalti, " katanya. Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal mara ke final setelah tewas 4-3 kepada Indonesia menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas 90 minit.

Zolkples berkata skuad negara berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa kedua apabila dapat menyamakan kedudukan 1- 1 walaupun pemain negara berada dalam kepenatan kerana beraksi tanpa rehat. "Pasukan Indonesia turun dengan semangat baharu apabila berjaya menyingkirkan Myanmar dalam aksi penutup saingan peringkat Kumpulan B sebelum itu," katanya.

Beliau berharap pemain negara mampu bangkit semula pada kejohanan berikutnya selepas ini. Bagi jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee, para pemain telah berusaha sedaya upaya, namun tuah sepakan penalti tidak memihak kepda mereka. Apa yang pasti, Malaysia ke Myanmar tanpa tujuh tonggak utama ekoran kecederaan, termasuk dua bintang penting iaitu Wan Zack Haikal dan Junior Eldstal.— Bernama

comments powered by

Big Bang hibur 100,000 peminat di Fukuoke Dome

Posted: 22 Dec 2013 07:34 AM PST

Big Bang hibur 100,000 peminat di Fukuoke Dome

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


Sebagai sebahagian daripada konsert bergerak enam tempat, kumpulan Big Bang tampil di Yahoo Dome, Fukuoka pada 7 dan 8 Disember lalu dan berjaya menghibur 100,000 VIP tampil dalam skala sangat besar. Berikutan ramainya, mereka menggunakan pentas terbang dan kereta bergerak di pentas supaya semua penonton dapat melihat dari dekat. Anggota T.O.P dan Taeyang bersembang dalam bahasa Jepun bergurau dengan penonton.

Sepanjang konsert, setiap anggota menampilkan kelebihan mereka. Terdapat tiga puluh lagu dinyanyikan dalam durasi tiga jam seperti My Heaven, Fantastic Baby dan Bad Boy. Salah seorang penonton di konsert tersebut berkata, "Reaksi peminat atas konsert dome Big Bang di Jepun menjadi semakin panas.

Tahun lalu mereka hanya sempat menyaksikan Big Bang di Fukuoka selama sehari tetapi kini mereka mendapat melihat kumpulan tersebut dua hari. "Tiket begitu laris seakan-akan dua hari juga masih kurang." Mereka tampil di Sapporto Dome pada 4 Januari 2014 dan kembali ke Kyocera Dome Osaka pada 11 hingga 13 Januari 2014.

comments powered by

Sussane mohon harta sepencarian

Posted: 22 Dec 2013 07:33 AM PST

Sussane mohon harta sepencarian

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


KISAH perceraian Hrithik Roshan dengan Sussane mencapai babak baru Setelah muncul khabar pihak ketiga dalam hubungan rumah tangga me-reka, kini muncul khabar baru tentang harta sepencarian di antara Hrithik dan Sussane. Menurut sumber, Sussane meminta beberapa harta milik bersama, di antaranya adalah rumah dan sejumlah wang.

Harta milik Hrithik sendiri sa-ngat banyak. Meskipun meminta harta sepencarian, namun Sussane memilih untuk membahas masalah itu secara damai bersama Hrithik Roshan. Saat ini Sussane tinggal di pangsapuri milik Hrithik bersama dengan kedua anaknya. Pangsapuri mewah itu khabarnya masuk dalam senarai harta diminta sussane. Akhirnya isteri Hrithik Roshan mengulas mengenai perceraian yang sedang dia hadapi. Sussane menyatakan perceraiannya bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana masalah prinsip.

"Kami adalah dua individu berbeza yang saling menyayangi dan menghormati satu sama lain. Tetapi kali ini kami harus memilih jalan masing- masing," ujar Sussane. Kenyataan Sussane ini sekali gus menangkis khabar angin yang menyatakan bahawa Arjun Rampal adalah orang ketiga di antara mereka. Sussane juga menyatakan dia dan Hrithik sudah sepakat mengasuh kedua anak lelaki mereka bersama-sama.

comments powered by

Saya bukan penyebab Hrithik bercerai – Arjun

Posted: 22 Dec 2013 07:32 AM PST

Saya bukan penyebab Hrithik bercerai – Arjun

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


DIKHABARKAN menjadi orang ketiga dalam perkahwinan Hrithik Roshan dan Sussane, membuatkan Arjun Rampal berang. Menurut Arjun, perceraian Hrithik yang merupakan sahabat baiknya, hal yang membuatnya sedih. Menyedihkan saat sahabat baik memutuskan untuk berpisah. "Ini saat yang berat untuk mereka dan ini masa yang sensitif," ujar Arjun.

Arjun juga menyatakan gosip keintimannya dengan Sussane, dan berita yang mengatakan Sussane menuntut cerai pada Hrithik disebabkannya sesuatu perkara yang tidak masuk akal. "Khabar ini membuatkan saya sedih. Saya sama sekali tidak menyangka terdapat khabar sebegini. "Saya tak pernah masuk campur dalam rumah tangga mereka. Jelas tiada hubungan antara perceraian mereka dengan persahabatan saya dengan Hrithik," lanjut Arjun.

Dia menambahkan gosip tentang dia merupakan pihak ketiga dalam perceraian Hrithik membuat keluarganya sakit hati. Arjun hanya berdoa, dia berharap perkahwinan Hrithik dengan Sussane dapat diselamatkan.

comments powered by

Hrithik Roshan ceraikan Sussane

Posted: 22 Dec 2013 07:32 AM PST

Hrithik Roshan ceraikan Sussane

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 22-Dec-2013


HRITHIK ROSHAN membuatkan industri perfileman Bollywood terkejut dengan pengumuman khabar perpisahannya dengan istrinya Sussane. Khabar tersebut disampaikan oleh Hrithik sendiri kepada media pada 13 Disember lalu. "Setelah bersama-sama selama 17 tahun, Sussane memohon cerai daripada saya. Ini adalah saat yang sukar bagi keluarga kami, dan saya memohon untuk meluangkan sedikit privasi untuk saya," ujar Hrithik.

Hrithik menyatakan dia tidak pernah terfikir tentang perpisahan. Menurut Hrithik, perkahwinan adalah sebuah ikatan yang harus junjung tinggi kehormatannya. Namun ternyata takdir berkata lain. "Khabar ini bukan hanya men- gecewakan peminat, tetapi juga keluarga saya. Saya sudah berusaha sedaya yang mungkin dan saya tidak pernah mahukan perpisahan. "Saya pemuja institusi perkahwinan dan sangat menghormatinya," lanjut Hrithik. Khabar ini menutup semua spekulasi yang tersebar beberapa bulan lalu.

Sudah lama Hrithik menghadiri pelbagai acara sendirian padahal biasanya Sussane menemani. Alasan yang dinyatakan Sussane menjaga ayahnya, tetapi ternyata itu hanya cara Hrithik menutup masalah keluarganya. Sementara itu, perceraian Hrithik Roshan dengan Sussane membawa khabar tidak menyenangkan bagi Arjun Rampal. Namanya disebut sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Hrithik dan Sussane.

Setelah Hrithik sakit, Arjun yang merupakan sahabat terdekat Hrithik yang rapat dengan Sussane. Beberapa khabar pun menyatakanSussane memohon cerai kerana mahu lebih dekat dengan Arjun. Khabar ini jelas mengejutkan banyak orang, kerana sebelum ini sempat tersebar khabar keintiman Hrithik dengan Barbara Mori yang membuat rumah tangganya dengan Sussane diambang kehancuran. Pasangan ini sudah lama tidak sebumbung, tetapi Hrithik mengelak ketika ditanya tentang khabar rumah tangganya.

comments powered by