Kedai Ayamas perkenal citarasa Thailand |
- Kedai Ayamas perkenal citarasa Thailand
- Sekolah Lestari bersama Dulux
- L’Oréal Paris perkasa wanita
- Pemberontak serang hospital ragut 22 nyawa
- Ribut dahsyat badai Bangladesh
- Puting beliung ragut 10 nyawa di AS
Kedai Ayamas perkenal citarasa Thailand Posted: 28 Apr 2014 10:54 PM PDT The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request. Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error. More information about this error may be available in the server error log. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. |
Posted: 28 Apr 2014 10:54 PM PDT The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request. Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error. More information about this error may be available in the server error log. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. |
Posted: 28 Apr 2014 10:54 PM PDT PETALING JAYA, Isnin - Wanita hari ini, bergerak pantas dan terpaksa mengharungi pelbagai tekanan harian untuk mengimbangi tuntutan kerja serta kehidupan peribadi. Ditambah pula ancaman pencemaran, ramai wanita yang mencari cara yang cepat dan berkesan untuk kelihatan menarik dan merasa yakin. Dengan kepakaran kecantikan yang terkumpul selama lebih 100 tahun, L'Oréal Paris menggunakan kuasa sains untuk membantu wanita Malaysia memiliki kulit yang bersih dan cantik berseri. Sebagai pakar kecantikan yang sentiasa inovatif, L'Oréal Paris memperkenalkan bukan sahaja satu tetapi dua jenis air rawatan yang pertama sepertinya di Malaysia. Revitalift L.A.S.E.R X3 Skin Anti-Aging Power Water dan White Perfect LaserTM Brightening Treatment Water adalah penambahan terbaru kepada rangkaian jenama yang berprestij ini. Kedua-dua produk ini menawarkan pelbagai manfaat anti-penuaan dan pencerahan dengan memperkayakan dan menyerlahkan seri kulit muka. Pengarah Pemasaran L'Oréal Paris, Goh Sa Ki berkata, dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah, L'Oréal Paris percaya bahawa keunggulan sains dapat memberi jawapan kepada masalah wanita, khususnya cara untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, dan lebih berseri. "Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua pengguna kami. Dengan berlandaskan inovasi sebagai pemacu kejayaan kami serta sebagai falsafah di sebaliknya, produk baru ini dijangka akan memperkasakan wanita Malaysia serta membolehkan mereka tampil dengan lebih berkeyakinan dan kulit yang cantik berseri," katanya. Revitalift L.A.S.E.R X3 Skin Anti-Aging Power Water diperkaya dengan bahan anti-penuaan eksklusif L'Oréal Paris yang mujarab, Pro-XylaneTM dan Adenosine, yang membantu mengembalikan kekentalan kulit dan menambah penghidratan. Sebaik sahaja disapukan, ia membolehkan permukaan kulit bersinar, membuat tekstur kulit kelihatan lebih halus dengan serta-merta. Ia memberi kelembapan sehingga 48 jam dan menjadikan kulit tampak lebih awet muda. White Perfect LaserTM Brightening Treatment Water mengandungi Pro-VanishTM dan HEPESTM, yang membantu mengurangkan kemunculan pori-pori dan kesebaman, menambah kelembapan dan menjadikan kulit lebih cerah. Kedua-dua produk ini membantu meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang disapukan selepasnya. "Selaras dengan slogan jenama kami, ini adalah satu lagi inovasi yang kami bawakan kepada semua wanita Malaysia yang kami anggap sebagai Wanita Paling Berharga. "Kami percaya produk terbaru ini boleh membantu mereka kelihatan menarik dan seterusnya menambah keyakinan diri mereka, 'kerana diri mereka begitu berharga'. Produk revolusi terbaru dari dua rangkaian kami yang paling laris ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada semua Wanita Malaysia Yang Begitu Berharga," kata Goh. L'Oréal Paris kini dipacu oleh kesungguhan untuk menjadikan wanita di seluruh dunia gembira dan jelita, luar dan dalam, supaya mereka boleh mengecap nikmat hidup dengan yakin dan berkarisma. Dengan pelbagai rangkaian produknya yang inovatif, L'Oréal Paris membantu wanita dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk tampil cantik menawan. Revitalift L.A.S.E.R X3 Skin Anti-Aging Power Water dan White Perfect LaserTM Brightening Treatment Water kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah utama, Untuk maklumat lanjut tentang L'Oréal Paris Malaysia, sila ke laman loreal-paris.com.my, facebook.com/lorealparismalaysia atau Twitter @LOrealParisMy. |
Pemberontak serang hospital ragut 22 nyawa Posted: 28 Apr 2014 10:53 PM PDT The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request. Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error. More information about this error may be available in the server error log. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request. |
Ribut dahsyat badai Bangladesh Posted: 28 Apr 2014 10:52 PM PDT Ribut dahsyat badai Bangladesh Tarikh Disiarkan : 29-Apr-2014 DHAKA, Isnin - Ribut dahsyat telah menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang mati dan kira-kira 1,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas ia membadai utara Bangladesh semalaman, kata pegawai polis dan pegawai kerajaan tempatan.Ribut mendatangkan kemusnahan ke atas berpuluh-puluh kampung di sepanjang laluannya di utara daerah Netrokona berdekatan sempadan dengan India, memusnahkan rumah-rumah dan sawah padi, kata mereka. "Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat sekluarga terbunuh dalam ribut," kata pegawai polis daerah Rashel Miah kepada AFP, sambil menambah bahawa skala sebenar kemusnahan akibat ribut belum diketahui. "Sehingga 20 orang cedera termasuk seorang yang berada dalam keadaan sangat kritikal. Keluarga itu termasuk seorang wanita mengandung dan tiga anaknya yang mati selepas dihempap dinding yang runtuh," katanya. "Sekitar 1,000 buah rumah kebanyakannya diperbuat daripada lumpur dan timah ranap," kata pentadbir daerah kerajaan Abul Kalam Azad. Ribut yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kalboishakhis seriang membadai Bangladesh sepanjang bulan-bulan awal musim panas sebelum musim monsun yang biasanya bermula pada minggu pertama bulan Jun.-AFP |
Puting beliung ragut 10 nyawa di AS Posted: 28 Apr 2014 10:52 PM PDT WASHINGTON, Isnin - Puting beliung kuat yang melanda selatan Amerika Syarikat (AS) telah mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 10 orang, lapor pegawai kecemasan di negeri Arkansas dan Oklahoma lewat semalam. Jabatan Pengurusan Kecemasan Arkansas berkata, lapan kematian dikaitkan dengan ribut dilaporkan, sementara pegawai dengan Agensi Pengurusan Kecemasan Oklahoma berkata terdapat sekurang-kurangnya dua mangsa puting beliung di negeri itu. Krew kecemasan tempatan mencari di antara sisa serpihan tinggalan puting beliung di bandar terjejas teruk ketika jabatan cuaca memberi amaran bahawa lebih banyak puting beliung sedang dalam perjalanan. "Keadaan huru-hara sekarang," kata Datuk Bandar Velonia, Arkansas, James Firestone, kepada CNN. Kawasan pusat bandar kelihatan seperti musnah sepenuhnya. Beberapa bangunan musnah sebahagiannya, saluran paip gas musnah. Kami mempunyai beberapa mangsa. Menurut Firestone, polis dan anggota bomba dari bandar-bandar berhampiran serta tentera Pengawal Kebangsaan telah dikerah untuk membantu. Gambar-gambar kerosakan akibat puting beliung yang disiarkan oleh stesen TV Ar-kansas, THV 11, menunjukkan kenderaan yang terbalik, banyak kediaman musnah separuh, dan ada rumah-rumah yang hanya tinggal timbunan runtuhan. Kesan sepenuhnya daripada ribut dan angka kemalangan jiwa tidak mungkin diketahui sepenuhnya sehingga selepas matahari terbit. Di Oklahoma, puting beliung kuat telah melanda bandar Quapaw. "Terdapat banyak rumah dan bangunan yang rosak, bahkan sebilangannya musnah sepenuhnya," kata Keli Cain dari Agensi Pengurusan Kecemasan Oklahoma kepada AFP. Dia memetik pegawai kecemasan tempatan sebagai mengatakan bahawa sebuah balai bomba telah musnah dan terdapat kerosakan di bahagian utara bandar. Pejabat Cuaca Nasional memberi amaran tentang ancaman cuaca lebih teruk, mengatakan bahawa terdapat risiko tinggi berlaku ribut petir yang dahsyat dan puting beliung pada sebelah malam di seluruh Arkansas.-AFP |
You are subscribed to email updates from TheSarawakTribune.com - News Feed To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |