22:42:00

TPM dan beberapa pemimpin politik ucap takziah kepada keluarga Karpal


TPM dan beberapa pemimpin politik ucap takziah kepada keluarga Karpal

Posted: 17 Apr 2014 12:52 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Pemimpin BN Sarawak ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh

Posted: 17 Apr 2014 12:52 PM PDT

Pemimpin BN Sarawak ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 18-Apr-2014


KUCHING, Khamis – Mendiang Karpal Singh disifatkan sebagai adalah seorang pemimpin yang berpengalaman dan sangat tahu mengenai subjek yang dibawanya. Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berkata demikian apabila mengadakan sidang media di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antrabangsa Kuching sebaik sahaja tiba dari Miri, hari ini.

Kata Mawan, berita pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi sangat mengejutkan bukan sahaja kepada rakyat malah komponen parti Barisan Nasional (BN). "Mendiang adalah seorang peguam yang hebat, meskipun kita mempunyai fahaman politik yang berbeza, bagi pihak parti SPDP, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian besar itu," ujarnya.

Menurut Mawan, mendiang seorang yang profesional serta tokoh berpengaruh kerana mempunyai banyak pengalaman. "Semasa berdebat di parlimen, mendiang seorang yang lantang dan begitu berpengalaman selain antara barisan pembangkang yang membina walaupun berkerusi roda," tegasnya. Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, semasa mendengar khabar mengenai kemalangan mendiang, beliau tidak percaya. "Saya kurang percaya dengan khabar berita lebih-lebih lagi melalui laman sosial seperti Facebook, tetapi, apabila saya melihat sendiri berita mengenai kemalangan tersebut, ia sesuatu berita mengejutkan," ujarnya. Kata Fatimah, walaupun berlainan fahaman politik, namun sebagai manusia, kehilangan mendiang sangat menyedihkan.

"Saya harap, keluarga mendiang tabah menghadapi saat-saat menyedihkan ini," katanya ringkas ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur hari ini. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dilaporkan maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez. Mendiang yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

comments powered by

Parlimen Malaysia ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh

Posted: 17 Apr 2014 12:51 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Najib ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh

Posted: 17 Apr 2014 12:50 PM PDT

Najib ucap takziah kepada keluarga Karpal Singh

Tarikh Disiarkan : 18-Apr-2014


KUALA LUMPUR, Khamis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang maut dalam kemalangan, pada awal pagi ini. Najib berkata beliau mendengar berita mengenai kematian Karpal, setibanya beliau di Ankara bagi memulakan lawatan rasmi ke Turki.

"Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. "Takziah saya kepada keluarga," kata Perdana Menteri dalam mesej Twitternya. Lawatan Najib ke Turki adalah atas jemputan rakan sejawatan beliau, Recep Tayyip Erdogan. Turut terbunuh dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar itu ialah pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.

Menurut polis, kenderaan Toyota Alphard MPV yang dinaiki Karpal, 74, dan empat orang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek. Lori berkenaan dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara lebuhraya berkenaan memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit. – BERNAMA

comments powered by

Karpal Singh maut dalam kemalangan

Posted: 17 Apr 2014 12:49 PM PDT

Karpal Singh maut dalam kemalangan

Tarikh Disiarkan : 18-Apr-2014


  • Karpal Singh
IPOH, Khamis – Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C.Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu. Beliau berkata pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya mengalami cedera ringan manakala dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23 dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian belakang kanan lori Mitsubishi Canter yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata ketika kejadian Karpal duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu manakala Michael di tempat duduk belakang Karpal. Katanya lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara lebuhraya berkenaan memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata akibat rempuhan itu, kenderaan Toyota Alphard berkenaan mengalami rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan. "Semakan ke atas kenderaan MPV itu mendapati, ia mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu pandu laju dan 15 saman masih belum dijelaskan," katanya. Menurut Ng, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala pembantu rumah berkenaan menerima rawatan di hospital sama.

Operasi mengeluarkan kesemua mangsa turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

  • Keadaan kereta Toyota Alphard yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersama empat penumpang yang terlibat dalam kemalangan maut di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung pada jam 1.10 pagi semalam. Mayat Karpal Singh dibawa ke rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. • fotoBERNAMA
comments powered by

Miss Tourism Benak deka diatur 16 ngagai 18 Mei 2014

Posted: 17 Apr 2014 12:45 PM PDT

Miss Tourism Benak deka diatur 16 ngagai 18 Mei 2014

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 18-Apr-2014


SRI AMAN: Bala orang indu peranak menua Malaysia dipelawa nyereta Pekit Miss Tourism Benak ke deka diatur serimbai enggau pengerami nyambut Pesta Benak Sri Aman belabuh ari 16 ngagai 18 Mei tu, Penerang media bedau lama udah minta sida ke deka ngambi bagi tauka nyereta pekit tu patut umur antara 18 ngagai 25 taun, bedau belaki lalu peninggi enda kurang ari 157 sentimeter tauka 5 kaki 2 inchi (lebuh nadai ngena kasut).

"Sida ke udaha kala nyereta Miss Tourism Benak dalam taun 2012 enggau 2013 mega enda dikemendarka masuk pekit sekali tu. Orang ke kala disabitka enggau penyalah mega enda diterima masuk pekit tu," ku penerang nya. K e l i m p a h a r i n y a b a l a pesereta, ku penerang tu deka nanggung semua ungkus belanja pekayan, barang ngias diri tauka barang kena nganta, ngaga buk sereta enggau perengka kena nganta ke bukai, lalu pelajar sekula ke deka nyereta pekit tu patut minta pemendar ari sekula tauka instutusi pelajar tinggi ke alai sida belajar. Komiti pengatur pekit, ku penerang nya deka milih 15 iku pemekit ke di bai ngagai peringkat semi-final enggau final Pekit Miss Tourism Benak nya.

"Sida ke menang dalam siri rintai ke dipilih deka dipadahka nengah telefon binchin sida abis laun 2 Mei," ku iya sambil madahka pesereta dipinta mayar masuk pekit RM150 k e n a m a y a r t e m p a t a l a i bemalam, makai ngirup enggau pengangkut. Pemekit patut mega nganjung form penyereta sida begulai enggau salin kad pengelala, gambar saiz passport sereta gambar siaz 4R ke mandangka sepenuh tubuh, nadai diias lalu nadai disuntung nguna kamera digital. "Form penyerta ulih diambi ari Opis Parit enggau Entali Ai tauka Opis GIATMARA di Sri Aman tauka dimuat turun ari laman web www.did.sarawak. gov.my sereta www.facebook/ benak Sri Aman.

"Form ke udah lengkap diisi patut dipulaika nggaai Opis Parit enggau Entali Ai ba Jalai Datus, Sri Aman sebedau maya nerima penyereta nya ditutup kena 25 April tu," ku iya. Sapa ke bisi ati deka ngambi bagi dalam pekit tu patut minta penerang ke lebih dalam agi ari Sahana Haji Mat ngena telefon 013-8112269, Lecelinee Angel Jura ngena telefon 016- 8002304 enggau Norlailawati Mohamad Masuni ngena telefon 011-14084681.

comments powered by