22:08:00

Kerjaya Badut raih RM7,000 sebulan


Kerjaya Badut raih RM7,000 sebulan

Posted: 19 Apr 2014 09:08 PM PDT

KERJAYA badut yang sinonim dengan solekan tebal pada wajah, tidak menarik dan hanya untuk dunia hiburan kanak-kanak ternyata bukanlah halangan untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa dan berpendapatan lumayan.

Secara umumnya, masyarakat menilai dan memandang rendah kerjaya ini yang boleh dilihat di sekitar majlis-majlis sambutan ulang tahun atau karnival dengan berbekalkan pelbagai jenis belon dan alatan magis yang lain.

Namun, pandangan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian bahkan menguatkan lagi semangat 'Mr. Papa Clown' atau nama sebenarnya Mohd Rayyan Roslee, 35, yang menjadikan kerjaya badut sebagai sumber pendapatan dirinya sekeluarga.

Katanya, beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan dengan meletakkan sasaran beberapa buah karnival atau majlis yang memerlukan perkhidmatannya.

Bayaran yang dikenakan berdasarkan pakej yang ditawarkan yang meliputi pertunjukan silap mata, persembahan belon dan permainan.

 

ANTARA BAYARAN 

AN KEPUASAN DIRI

 

Kerjaya yang diceburinya sebelum berumahtangga tidak membebankan Mohd Rayyan, tambahan disokong keluarga serta rakan-rakan sehingga menjadikan bapa kepada dua anak ini lebih optimis dan berjaya mempunyai kumpulan sendiri iaitu Mr. Papa Clown & Magic.

"Selalunya kami bergerak secara berkumpulan untuk sesuatu karnival yang besar dengan menyasarkan persembahan pada hujung minggu yang mana pada Sabtu, kami membuat tiga persembahan dan Ahad, dua persembahan," katanya.

Walaupun bayaran setiap persembahan diutamakan tetapi beliau lebih mementingkan hasil dan kepuasan pelanggan.

"Kami sebagai pelaku memberikan yang terbaik supaya bukan sahaja pelanggan tidak kecewa tetapi kami sendiri rasa puas kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan kami juga menjadi pilihan untuk mereka yang lain,"katanya.

Mohd Rayyan berkata berbekalkan kemahiran yang dimiliki, minat mendalam serta bersikap terbuka ketika menghiburkan kanak-kanak, ia menguatkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya itu.

 

BADUT DAN PENDIDIKAN

 

Walaupun 'Mr. Papa' ini berpendidikan Diploma Elektrik di sebuah universiti swasta, namun ia tidak menghalangnya untuk menceburkan diri dalam dunia warna warni ini kerana baginya, dia telah mula merasai keseronokan itu.

"Semangat saya semakin membara apabila keluarga terutama isteri sentiasa memberi sokongan dan semangat selain anak yang seakan gembira dengan kerjaya bapa mereka.

"Kami anak beranak juga sentiasa berkongsi idea sebelum beraksi," katanya sambil tertawa kecil.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan, menjadikan beliau lebih bijak ketika mengendalikan majlis-majlis keraian seperti sambutan hari lahir dalam kalangan kanak-kanak dan karnival tertentu.

"Pada peringkat awal agak susah, tetapi lama kelamaan kami sangat faham perangai kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan psikologi seperti melakukan sedikit ulang kaji atau kajian berkaitan gerak geri dalam usaha menarik minat penonton cilik ini.

 

DI SEBALIK SOLEKAN TEBAL

 

"Saya juga perlu mencari idea atau bahan-bahan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak walaupun ada sesetengahnya takut ketika berhadapan dengan boneka pelik seperti kami," katanya.

Mohd Rayyan dalam pada itu mengakui kerjaya badut memberi beliau pelbagai pengalaman yang menjadikannya lebih bersemangat dan perlu kreatif dalam penampilan.

"Pengalaman kena tipu, bayaran persembahan tidak dibayar, dan sesetengah majlis hanya dihadiri tiga atau empat kanak-kanak sudah biasa terjadi," tambahnya lagi.

Badut dengan penampilan solekan tebal di muka, memakai kasut bersaiz besar dan beraksi seakan kanak-kanak, memberi gambaran kepada Mohd Rayyan bahawa kerjanya itu tidak akan dijadikan warisan buat anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.

"Mereka masih kecil... kerjaya badut ini perlu ada minat dan semangat tinggi terutama dalam menghiburkan kanak-kanak," katanya tersenyum.

 

SEMANGAT BADUT 

UNTUK PENONTON SI KECIL

 

Menyedari badut kerjaya utama dan sumber rezeki keluarganya 'Mr. Papa' sentiasa mempertingkatkan kemahirannya dalam dunia itu apabila beliau sentiasa menghadiri pelbagai perjumpaan seperti Konvensyen Persatuan Badut Sedunia seperti yang dihadirinya di Kuching, Sarawak 25 Feb hingga 1 Mac tahun lepas.

Penyertaan dalam program-program berkenaan memberi gambaran dan idea lebih luas kepadanya untuk terus berkarya dalam imej seni seorang badut.

Katanya, menjadikan badut sebagai satu kerjaya mungkin kelihatan mudah bagi segelintir masyarakat. Namun, hakikatnya tidak semudah yang difikirkan walaupun sebilangan besar penonton terdiri daripada kanak-kanak.

Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat seorang badut sekiranya calitan warna warni pada wajah tidak mampu menceriakan hati penonton cilik.

Di sebalik keceriaan pada wajah si badut sebenarnya tersembunyi pelbagai rasa yang hanya boleh difahami oleh sang badut sendiri. Kegagalan mengukir senyuman pada wajah penonton umpama palitan duka di hati sang badut.

–  BERNAMA

Moyes siap sedia bina semula MU

Posted: 19 Apr 2014 09:03 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Atletico hampiri kejuaraan

Posted: 19 Apr 2014 09:03 PM PDT

Atletico hampiri kejuaraan

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 20-Apr-2014


LA LIGA SEPANYOL

 

ATLETICO MADRID melang-kah setapak lagi untuk meraih gelaran La Liga pertama dalam tempoh 18 tahun setelah membenam skuad Elche 2-0 dalam aksi di arena Vicente Calderon kelmarin. Kedua-dua gol diledakkan dalam tempoh 20 minit terakhir. Selepas beraksi agak hambar pada permulaan saingan, Atletico mencipta peluang terbaik pada minit ke-55, namun sepakan penalti David Villa diselamatkan oleh penjaga gol Elche, Manu Herrera.

Namun usaha Atletico berhasil pada minit ke-71 apabila Miranda menanduk masuk hantaran silang Jose Sosa dan Diego Costa menjaringkan gol kedua melalui sepakan penalti pada lewat saingan. 

Dengan kemenangan itu, maka Atletico menguasai carta liga dengan kelebihan enam mata di depan skuad gergasi, Real Madrid. Tiga lagi kemenangan akan mengesahkan kejuaraan Atletico. Atletico sekarang ini fokus terhadap saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea Selasa nanti.

"Para pemain telah berusaha keras dan sekarang kami perlu pulih cergas semula untuk aksi menentang Chelsea Selasa nanti," kata bos Atletico, Diego Simeone.

"Ia adalah perlawanan yang amat penting bagi kelab, para penyokong dan sejarah Atletico Madrid," jelasnya.

Apa yang pasti, Atletico bukan sahaja berpeluang cerah untuk menjuarai La Liga, tetapi turut berpotensi untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Atletico musim ini diiktiraf sebagai antara kelab terhebat di dunia. Malah ada pemerhati yang menyatakan Atletico sebaris dengan Bayern Munich dan Real Madrid.

"Atletico musim ini lebih hebat daripada Barcelona, jadi mengapa tidak mereka dikatakan sehebat Bayern Munich atau Real Madrid," kata pemerhati.   

comments powered by

Pengalaman juara bantu Chelsea

Posted: 19 Apr 2014 09:02 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Arsenal tunjuk peningkatan

Posted: 19 Apr 2014 08:59 PM PDT

Arsenal tunjuk peningkatan

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 20-Apr-2014


BOS Arsenal, Arsene Wenger menegaskan mereka menunjukkan peningkatan musim ini walaupun sekali lagi bakal menghadapi pergelutan untuk menempatkan diri dalam senarai empat teratas.

Arsenal akan berkunjung ke Hull hari ini untuk memburu slot Liga Juara-Juara dengan tempat keempat, satu mata di depan Everton.

Dengan baki empat perlawanan, Arsenal yang musim lalu meraih tempat keempat pada hari terakhir liga, kini sekali lagi bakal menghadapi situasi yang sama. Namun Arsenal tiada pilihan kecuali menang, jika tidak tempat mereka bakal menjadi milik Everton.

Perlawanan hari ini juga merupakan aksi 'pemanas badan' buat Arsenal yang akan menghadapi Hull dalam aksi final di FA bulan depan.

Pada awal musim menyaksikan Arsenal menguasai carta liga untuk satu jangka masa yang agak panjang, namun selepas itu, mereka gagal mempertahan kedu-dukan ekoran kekalahan demi kekalahan dan kini tersingkir terus daripada persaingan.

Walaupun bangkit semula dengan kemenangan ke atas Wigan dalam aksi separuh akhir Piala FA hujung minggu lalu dan kemenangan ke atas West Ham dalam aksi liga, namun Wenger tetap dikritik.

"Saya rasa kami menunjukkan peningkatan, jika mengambil kira apa yang menimpa kami dengan beberapa krisis kecederaan ketika berada dalam tempoh penting," kata Wenger yang kini muncul sebagai pengurus paling lama.

"Musim ini menyaksikan kami 17 kali atau 18 kali menguasai carta liga, dan ia tidak berlaku musim lalu. Malah kami juga berada dalam final Piala FA, tewas kepada Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, dan kami juga melepasi halangan paling sukar dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah," jelas Wenger, 64, yang mula menyertai Arsenal pada 1996. "Saya percaya kami menunjukkan beberapa potensi dan menjanjikan masa depan yang baik," ujarnya.

"Apa yang anda mahukan daripada pasukan anda ialah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Selepas itu, anda menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat penilaian," kata Wenger.

"Kami telah memberikan segala-galanya dan saya harus menyatakan pasukan ini begitu fokus semenjak permulaan musim," jelasnya.

comments powered by

“Hanya Liverpool boleh halang Liverpool”

Posted: 19 Apr 2014 08:57 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.