22:44:00

Liga MuFA 2014 3 Mei


Liga MuFA 2014 3 Mei

Posted: 21 Apr 2014 11:41 AM PDT

Liga MuFA 2014 3 Mei

Tarikh Disiarkan : 22-Apr-2014


KEJOHANAN Bola Sepak Liga MuFA 2014 dijangka bermula pada 3 Mei depan di Padang Mesra Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).

Aktiviti tahunan itu yang mendapat sambutan menggalakkan selama ini, dianjurkan Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA).

Presiden MuFA  ASP (B) Jamil Haji Othman berkata pertandingan itu terbuka kepada semua pasukan dalam Bahagian Mukah, tetapi hanya 16 pasukan akan diterima berda-sarkan siapa dulu mereka da-pat.

Katanya, borang akan diedar dalam sedikit masa lagi dan yuran penyertaan ialah RM600 untuk satu pasukan.

"Antara syarat pertandingan ialah setiap pasukan wajib menghantar sekurang-kurang-nya seorang pengadil," katanya.

Beliau berkata hadiah wang tunai, piala dan pingat masing-masing akan diberi kepada pasukan juara, naib juara dan tempat ketiga bersama.

Katanya, bagi pemain terbaik, penjaring terbanyak dan anugerah "fair play", mereka  akan menerima wang tunai dan piala.

Pasukan Saza United merupakan penyandang juara Liga MuFA, namun musim ini menjanjikan saingan yang lebih menarik kerana beberapa buah pasukan baharu yang cukup mantap dijangka akan turut serta.

comments powered by

Barcelona kekalkan harapan

Posted: 21 Apr 2014 11:40 AM PDT

Barcelona kekalkan harapan

Tarikh Disiarkan : 22-Apr-2014


LA LIGA SEPANYOL

 

BINTANG tengah Barcelona, Xavi Hernandez percaya terlalu banyak yang dijangkan daripada Pemain Terbaik Dunia empat kali Lionel Messi selepas pemain antarabangsa Argentina itu menjaringkan gol kemenangan untuk mengekalkan harapan gelaran Barca dengan kemenangan 2-1 ke atas Athletic Bilbao semalam.

Messi telah mendapat kritikan hebat di Sepanyol dengan beliau gagal menemui sasaran dengan Barca mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam tiga pertandingan berlainan sejak 10 hari lepas yang menamatkan peluang mereka untuk menamatkan musim dengan trofi utama.

"Hari ini Messi sekali lagi menentukan permainan," kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

"Dalam begitu banyak masa orang ramai menuntut terlalu banyak daripada beliau. Kami perlu mengekalkan beliau dalam ketenangan dan membiarkan beliau bekerja dengan aman," jelasnya.

Barca kelihatan seperti mengalami kekalahan keempat berturut-turut apabila Aritz Aduriz meletakkan Athletic di hadapan lima minit selepas babak kedua bermula, tetapi dua gol dalam tempoh beberapa minit mengesahkan tiga mata buat Barca dengan Pedro Rodriguez menolak masuk daripada jarak dekat sebelum Messi menyempurnakan sepakan percuma daripada hujung petak penalti.

Kemenangan meletakkan Barca di tempat kedua, dua mata di hadapan Real Madrid setelah bermain lebih satu perlawanan, tetapi masih ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Atletico Madrid dengan baki empat perlawanan lagi.

Bos Barca, Gerardo Martino mengakui dia fikir ia satu lagi hari yang buruk buat pasukannya di depan gol dengan mereka terlepas banyak peluang sebelum Pedro akhirnya menjaringkan gol 18 minit sebelum tamat.

Dan Xavi memuji karektor yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya untuk bangkit daripada ketinggalan setelah beliau secara kontroversi digantikan dengan Cesc Fabregas, tindakan yang tidak digemari oleh penyokong di Camp Nou.

"Kami boleh menamatkan permainan lebih awal kerana kami bermain dengan baik," jelasnya.

"Ia penting untuk menang tiga mata dan masih lagi mempunyai peluang dalam liga. Akhirnya pasukan menunjukkan keberanian. Kami mendapatinya sukar, tetapi kami menunjukkan karektor yang hebat." – AFP

comments powered by

Everton tumbangkan MU

Posted: 21 Apr 2014 11:40 AM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Arsenal kekalkan kedudukan

Posted: 21 Apr 2014 11:39 AM PDT

ARSENAL mengekalkan kedudukan mereka di hadapan Everton dalam perlumbaan mengejar tempat keempat dan terakhir kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan mudah 3-0 ke atas Hull City, yang akan menjadi lawan Gunners dalam perlawanan akhir Piala FA, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Arsenal menerima kembali Mesut Ozil daripada kecederaan "hamstring" dan dia memainkan peranan dalam gerakan pada minit ke-31 yang menghasilkan gol Aaron Ramsey untuk membolehkan pelawat mendahului.

Sebagai tindak balas, pemain tengah Hull, Jake Livermore melakukan percubaan yang terkena tiang, hanya untuk Lukas Podolski menjaringkan gol kedua Arsenal sebelum rehat.

Podolski menjaringkan gol kedua beliau pada minit ke-54, apabila menolak bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Hull, Allan McGregor berikutan percubaan Ramsey.

"Kami tidak melepaskan sebarang gol dan kami menjaringkan tiga gol, dan keseluruhannya saya percaya kami menunjukkan persembahan baik," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

"Ia kini dalam tangan kami sendiri. Adakah kami akan menang perlawanan kami? Jadi biarlah memberi tumpuan kepada memenangi perlawanan. Kami mempunyai keinginan yang besar untuk melakukannya dan saya fikir kami boleh, tetapi ia terpulang kepada kualiti persembahan dalam setiap perlawanan," jelasnya.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal satu mata di hadapan Everton di tempat kelima, dengan pasukan Roberto Martinez menewaskan Manchester United 2-0 di Goodison Park.

Leighton Baines, yang pernah menjadi sasaran MU, meletakkan Everton di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 selepas Phil Jones menampan percubaan pemain tuan rumah dengan tangan dan Kevin Mirallas menambah gol kedua sejurus sebelum rehat.

"Apa yang memuaskan hati saya ialah pasukan menunjukkan tumpuan sebenar dalam keinginan mereka mahu memenangi perlawanan ini," kata Martinez.

"Kami amat cergas. Skuad sudah bersedia dan ia amat memuaskan," jelasnya.

Kekalahan bermakna juara musim lepas MU gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah, selepas layak ke pertandingan 18 musim berturut-turut.

Ditanya jika ia menyakitkan, Moyes memberitahu pemberita TV: "Ia menyakitkan, kerana ia sebahagian daripada kelab dan kami mahu bersaing didalamnya. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk kembali secepat mungkin." – AFP

“Liverpool miliki ramuan”

Posted: 21 Apr 2014 11:38 AM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Tayar pesawat pecah bukan perkara ganjil - Pakar

Posted: 21 Apr 2014 11:37 AM PDT

Kecekapan juruterbang dipuji

Kecekapan juruterbang dipuji

KUALA LUMPUR, Isnin —Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA awal pag...

Tukang masak nyaris rentung

Tukang masak nyaris rentung

MIRI, Isnin – Kepulan asap keluar dari sebuah restoran di Jalan Merbau, di sini, menggemparkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan petang tadi....

Pekerja kuari maut terkena renjatan elektrik

Pekerja kuari maut terkena renjatan elektrik

MIRI, Isnin – Seorang pekerja kuari maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah tapak kuari di Jalan Miri-Bintulu, di sini, petang kelmarin....

Nau paling pendek di dunia

Nau paling pendek di dunia

KATHMANDU (NEPAL), Sabtu — Warga emas Master Nau, 73, (gambar) yang diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia....

2 penyamun remaja dicekup

2 penyamun remaja dicekup

MIRI, Sabtu – Tidak sampai dua jam memecah masuk sebuah premis menjual pelbagai peralatan kenderaan di Piasau Industri, Piasau di sini, dua remaja bawah umur akhirnya berjaya diberkas polis, pagi tadi...