22:41:00

SJGFA cungkil bakat


SJGFA cungkil bakat

Posted: 29 Apr 2014 02:26 PM PDT

SJGFA cungkil bakat

Tarikh Disiarkan : 30-Apr-2014


PERSATUAN Golf Remaja Pertama Sarawak (SJGFA) berazam akan terus mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan tersebut khususnya di negeri ini.

Kapten Kelab SJGFA, Othman Kasan berkata, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pemain remaja di kelab itu.

"Kita akan terus menaiktarafkan para pemain remaja di sini," katanya semasa ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Hipni berjumlah RM10,000 di Padang SJFA semalam.

Menurutnya, persatuan itu turut mengadakan pertandingan 'Monthly Medal' setiap bulan yang menawarkan hadiah berbentuk barangan elektrik kepada pemain.

Dr Hazland yang ditemui semalam memberitahu, pihaknya akan terus membantu serta menyokong pembangunan sukan golf di negeri Sarawak.

comments powered by

Lumpuh bukan halangan jadi tauke

Posted: 29 Apr 2014 02:25 PM PDT

SRI AMAN, Selasa — Mahu melupakan sejarah hitam kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh separuh badan Yakup Wasli, 42, dari Kampung Hilir, Sri Aman, menganggap ia bukan alasan untuknya tidak berdikari dan mengharapkan bantuan semata-mata.

Kini, dia berkecimpung dalam perniagaan menjual pakaian sukan yang boleh diusahakan insan sepertinya untuk menambah rezeki.

Menurutnya, kemalangan jalan raya yang menimpanya 11 tahun lalu masih lagi segar dalam ingatan.

"Pada mulanya amat sukar untuk saya menerima hakikat bahawa saya akan lumpuh dan menjadi Orang Kurang Upaya (OKU), terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda,"katanya kepada Utusan Sarawak.

Bercerita lanjut, katanya, dia terbabit dalam kemalangan kendiri menggunakan motosikal berdekatan kampungnya.

"Selepas kemalangan itu saya hanya terlantar di rumah kira-kira tiga tahun kerana tidak dapat membuat sebarang pekerjaan," ujarnya.

Katanya, sebelum terlibat dalam kemalangan dia memang berminat berniaga mencari pendapatan dengan menjual air tebu, mee goreng dan nasi lemak dengan pendapatan kira-kira RM 1,000 sebulan.

"Walaupun  ditakdirkan lumpuh separuh badan saya bertekad mahu berdikari dalam kehidupan," jelasnya.

Katanya, apa-apa urusan harian semuanya dilakukan sendiri tanpa bergantung orang lain.

"Saya tidak mahu kenal erti putus asa selagi saya bernafas," jelasnya.

Mengenai perniagaan barangan sukan yang diusahakannya sejak tujuh tahun yang lalu,katanya, perniagaan itu memberi sinar kehidupan yang baharu kepadanya.

"Dengan adanya perniagaan ini golongan OKU seperti saya boleh berusaha untuk mencari pendapatan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan," katanya.

Katanya, stok barangan sukan seperti baju bola sepak kelab-kelab terkenal dalam Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia diperoleh dari Kuala Lumpur.

"Harga baju yang dijual mengikut jenis baju dan kainnya,pendapatan tidak menentu ada waktu say boleh mendapat pendapatan sebanyak RM 200 sehari dan sebaliknya," tambahnya.

Menurutnya lagi, dia akan menjual baju sukan itu di tempat-tempat yang mempunyai keramaian.

"Jika tidak ada keramaian saya akan menjual barangan di hadapan rumah," katanya.

Katanya, dia berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan jika mempunyai rezeki lebih.

"Pada masa ini saya turut menerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan," tambahnya.

Hotel Riverside Majestic perkenal set baharu ’Express Chinese’

Posted: 29 Apr 2014 02:24 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Saksikan filem ’The Amazing Spider-Man 2’ di Pawagam Star Cineplex Kuching

Posted: 29 Apr 2014 02:24 PM PDT

Saksikan filem 'The Amazing Spider-Man 2' di Pawagam Star Cineplex Kuching

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 30-Apr-2014


KUCHING, Selasa – Pawagam Star Cineplex Kuching akan menayangkan Filem 'The Amazing Spider-Man 2 : Rise of Electro' berbentuk dua dimensi (2) dan tiga dimensi (3D) pada 1 Mei depan. Dalam kenyataan medianya, orang ramai terutama masyarakat di bandar raya Kuching yang berminat untuk menonton filem itu boleh membuat tempahan tiket, mulai sekarang.

"Bagaimanapun, kami (Star Cineplex Kuching) amat mengalakkan orang ramai menonton tayangan filem ini dalam versi 3D. "Tujuannya supaya mereka dapat menikmati aksi dan kesan grafik 3D dengan hebat," ujarnya hari ini. Sempena dengan tayang filem itu, katanya, patung Spider- Man yang diimport dari Amerika Syarikat akan dipamerkan di lobi pawagam Star Cineplex Kuching bermula 30 April ini. Menurutnya, setiap tiket yang dibeli daripada filem tersebut, berpeluang untuk mengambil gambar dengan patung Spider-Man.

"Dengan pembelian dua tiket daripada filem ini, anda layak mendapatkan borang peraduan serta berpeluang memenangi barangan seperti kemeja-T, fon kepala, nota pelekat dan grip mat The Amazing Spider-Man 2 : Rise of Electro," jelasnya. Manakala, setiap tiket yang dibeli itu, tambahnya, mereka berhak mendapatkan satu baucar set kombo The Amazing Spider-Man 2 : Rise of Electro dengan harga RM5.50.

"Malahan, dengan hanya menambah RM1 sahaja, pembeli tiket filem ini boleh mendapat satu lagi air minuman ringan bersaiz 16 oz," ujarnya sambil memberitahu promosi itu hanya berakhir sehingga 29 Mei depan. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi kakitangan pemasaran Star Cineplex Kuching, Bill Loh di talian 082-233077. Hadir sama, Pengerusi Hock Star Entertainment Industry Berhad, Wong Tiong Hook dan Pereka Grafik Star Cineplex Kuching, Ronney Bukong.

comments powered by

M’sia tetap jadi pilihan bagi pelaburan harta antarabangsa

Posted: 29 Apr 2014 02:21 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Peluang dapat gaji tinggi

Posted: 29 Apr 2014 02:20 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.