22:17:00

PSKPP Mukah juara sepak takraw


PSKPP Mukah juara sepak takraw

Posted: 15 Aug 2014 10:04 PM PDT

PSKPP Mukah juara sepak takraw

Tarikh Disiarkan : 16-Aug-2014


BAHAGIAN Mukah muncul juara acara sepak takraw berpasukan setelah menumpaskan musuh tradisi Bahagian Kuching 2-1 dalam aksi final di Dewan Sepak Takraw Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Petra Jaya Kuching petang semalam. Kejohanan tersebut adalah bersempena dengan Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak Ke-34. Mukah bermula dengan kemenangan mudah 2-0 (21-7, 21-9) menerusi regu pertama yang dibarisi Awang Yusri (apit kanan), Indra (apit kiri) dan Khairul (tekong).

Namun regu kedua Mukah (Azin, Sukri, Akhbar) tersentap dengan kebangkitan Kuching yang berjaya menyama kedudukan 1-1 apabila menang mudah 2-0 (16-21, 14-21) melalui regu kedua. Bagaimanapun, regu ketiga Mukah yang membariskan Nazri, Rizal dan Jumari bangkit semula dengan catatan kemenangan 2-0 iaitu dengan mata 21-15, 21-18.

Tempat ketiga menjadi milik Bahagian Kapit yang mudah mengenepikan jiran tetangga iaitu Bahagian Betong (2-0). Dalam pada itu, kategori senior pula tidak kurang hebatnya. Wakil dari sang merpati putih 'Bahagian Sri Aman' melakar sejarah tersendiri bergelar juara setelah menewaskan jagoan warga kota, Kuching (2-1) dalam perlawanan akhir yang berlangsung sebelum itu. Tempat ketiga kategori tersebut milik Ibu Pejabat yang juga turut mencipta kemenangan tipis (2-1) ke atas Bahagian Miri ditempat keempat. Semua pasukan berjaya menerima hadiah piala beserta pingat. – FAIZAL BUJANG

comments powered by

S’wak perlu lebih bijak

Posted: 15 Aug 2014 10:04 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Jualan Mega di Fitness First Sdn Bhd

Posted: 15 Aug 2014 10:02 PM PDT

Jualan Mega di Fitness First Sdn Bhd

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 16-Aug-2014


KUCHING, Jumaat — Fitness First Sdn Bhd yang terletak di 161C Jalan Satok (sebelah 7-eleven Satok) kini mengadakan jualan mega sepanjang bulan Ogos ini. Pelbagai peralatan senaman seperti treadmill, basikal senaman dan multi-jim dari jenama terkenal seperti Horizon dan Treo kini ditawarkan pada harga yang rendah. Berlari serta mengayuh basikal merupakan kaedah senaman yang semakin popular kerana ia mendatangkan pelbagai manfaat.

Ia dibuktikan meningkatkan kekuatan otot, menyihatkan jantung, dan menguatkan system pertahanan badan. Senaman juga dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Namun begitu, ada di antara kita yang susah mencari masa untuk bersenam kerana sibuk atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Penyelesaiannya adalah peralatan senaman seperti treadmill atau basikal yang membolehkan kita bersenam pada bila-bila masa. Misalnya kita boleh berlari di atas treadmill sambil menonton televisyen.

Justeru itu, kakitangan Fitness First Sdn Bhd telah dilatih untuk memberi nasihat dan membantu pelanggan bagi memilih peralatan senaman yang paling sesuai, di samping membolehkan mereka untuk menyesuaikan bajet dan keperluan masing-masing. Penghantaran dan pemasangan percuma disediakan untuk pelanggan yang tinggal di sekitar bandar Kuching. Premis Fitness First Sdn Bhd dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat dan dilanjutkan hingga 8.00 malam pada hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 082 244545.

comments powered by

Malaysia bakal lancar saluran TV Sains

Posted: 15 Aug 2014 10:01 PM PDT

Malaysia bakal lancar saluran TV Sains

Tarikh Disiarkan : 16-Aug-2014


KUALA LUMPUR, Jumaat — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) merancang untuk mengadakan saluran televisyen mengenai sains ala National Geography versi Malaysia "Saluran ini akan menampilkan pencapaian dan inovasi Malaysia dalam landskap sains dan teknologi selain mengetengahkan saintis serta memupuk bakat bakal ahli sains," kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Menurutnya saluran itu menyamai National Geography atau Discovery tetapi dibuat dalam konteks Malaysia bagi memupuk minat rakyat dalam bidang sains dan teknologi memandangkan negara ini sedang berusaha menjadi negara berteknologi tinggi. Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan merasmikan Persidangan 'Autodesk Solutions Day', di sini hari ini. Beliau berkata perincian seperti pemilihan stesen televisyen masih dalam peringkat dimuktamadkan, bagaimanapun sasarannya ialah menyiarkan saluran selama 12 jam dengan majoriti kandungan adalah terbitan tempatan.

Selain itu, Mosti juga merancang untuk membangunkan pusat pengkomersialan bernilai RM250 juta menerusi Bajet 2015. "Banyak idea dan prototaip yang dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan terbiar begitu sahaja dan ini satu pembaziran. Kami merancang untuk menempatkan semua produk itu di bawah satu bumbung bagi memaparkan kreativiti Malaysia kepada dunia," katanya. Pusat itu akan dibangunkan di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil.- Bernama

comments powered by

Harga menarik 500 set tilam

Posted: 15 Aug 2014 10:01 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Tiga inovasi burger baharu

Posted: 15 Aug 2014 09:59 PM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.