Pelancongan <b>Sabah</b> mampu capai sasaran: Masidi – BorneoPost <b>...</b> Berita Sabah - News 2 Sabah |
Pelancongan <b>Sabah</b> mampu capai sasaran: Masidi – BorneoPost <b>...</b> Posted: 12 Jun 2014 09:03 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah mampu memperolehi kembali pencapaian dan prestasi yang disasarkan untuk industri pelancongan tahun ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yakin cabaran yang dihadapi industri pelancongan sekarang ini hanyalah bersifat sementara. Pada masa sama, pihaknya sedar usaha keras perlu dilaksanakan dalam memperolehi kembali pencapaian industri sebagaimana yang diperolehi sebelum ini. Justeru katanya, perjalanan dalam tempoh beberapa bulan akan datang sememangnya sukar dan memerlukan kerjasama dari semua penggiat industri yang terlibat dalam sektor pelancongan. "Beberapa bulan kebelakangan ini insiden-insiden yang berlaku memberi cabaran besar kepada industri pelancongan di Sabah. "Namun, jika dilihat secara positif, ia sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk melihat semula apa yang lebih baik untuk memajukan industri ini. "Selama ini kita menikmati pencapaian yang terhasil dari sektor pelancongan dan membuatkan kita senang hingga tidak mencari apa lagi kekuatan yang belum diterokai," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Sutera Sanctuary Lodges (SSL) di sini malam Rabu lepas. Masidi berkata, eko pelancongan adalah aset terbesar Sabah dan orang ramai disaran untuk mengunjungi kawasan eko pelancongan bagi membantu memperkukuhkan industri berkenaan. Menurutnya, masih banyak lagi aset yang belum dipergunakan sepenuhnya secara positif dalam eko pelancongan di Sabah. "Sehubungan itu, dengan pembukaan pejabat baru SSL ini, ia menjadi simbolik kepada kemajuan eko pelancongan yang lebih besar. "Ia juga dapat menunjukkan kepada penggiat industri yang lain cara yang lebih bertanggungjawab dalam mempergunakan alam semulajadi untuk kebaikan bersama," katanya. Beliau berkata, SSL adalah rakan kepada Taman-Taman Sabah (TTS) dan langkah terbaru SSL itu membantu mereka memfokuskan usaha dan kekuatan dalam mempergunakan apa lagi yang Sabah boleh tawarkan untuk memajukan industri eko pelancongan. Selain itu, Masidi berkata dalam tempoh terdekat ini, beliau akan membuat satu pengumuman penting dan ia dianggap berita baik kepada Sabah khususnya industri pelancongan. "Apa yang saya boleh katakan, perkara ini akan membantu Sabah memperkukuhkan industri ini khususnya eko pelancongan. "Saya yakin ia adalah berita baik untuk semua dan eko pelancongan serta rakyat Sabah keseluruhannya," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from berita sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |