23:02:00

Ramah-tamah KRT Kampung Usahajaya Baru meriah


Ramah-tamah KRT Kampung Usahajaya Baru meriah

Posted: 15 Aug 2014 06:28 AM PDT

SIBU, Khamis – Majlis ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Usahajaya Baru Fasa ll, Jalan Salim di sini sungguhpun sederhana tetapi meriah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee, Temenggong Datuk Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad dan Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Susan Benett yang hadir sama memeriahkan lagi suasana sambutan majlis itu.

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Kampung Usahajaya Baru Fasa ll, Olive Boll dan Pengerusi JKKK Kampung Usahajaya Baru Fasa ll, Haji Mahdi Hassan.

Berucap pada majlis itu, Olive berkata, selain mengeratkan ikatan tali silaturahim dalam kalangan ahli KRT, JKKK dan penduduk kampung, majlis itu diharapkan boleh dijadikan sebagai tempat bagi mereka yang balik ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas untuk beramah mesra.

Beliau berkata, sungguhpun majlis itu diraikan secara sederhana namun ia memberi makna yang besar kepada ahli-ahli KRT dan JKKK kerana mampu memberi sumbangan dalam memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di kampung terbabit.

"Majlis ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri itu merupakan satu daripada program tahunan KRT Kampung Usahajaya Baru Fasa ll dan KRT kami menzahirkan rasa gembira kerana dapat menjalin kerjasama erat dengan JKKK dalam menjayakannya," tegas beliau.

Olive berkata, kejayaan menganjurkan majlis ramah tamah Aidilfitri itu adalah satu lagi lambang kerjasama erat antara ahli-ahli KRT dengan ahli-ahli JKKK dan penduduk kampung dan berharap jalinan kerjasama erat itu dapat diteruskan sampai bila-bila masa.

Sesungguhnya KRT Kampung Usahajaya Baru Fasa ll sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama erat dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk menjayakan program atau aktiviti yang memberi faedah kepada masyarakat kampung, tambah Olive.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli-ahli KRT Kampung Usahajaya Baru Fasa ll juga bersedia menghulur bantuan bersama-sama penduduk di sini memeriahkan suasana sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan di Sibu.

Majlis ramah-tamah Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih 300 penduduk kampung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum itu diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan, nyanyian karaoke oleh ahli-ahli KRT, cabutan tiket bertuah dan pemilihan lelaki paling segak dan wanita paling anggun.

Peniaga diminta letak barang jual di tempat ditetapkan

Posted: 15 Aug 2014 06:23 AM PDT

Peniaga diminta letak barang jual di tempat ditetapkan

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 15-Aug-2014


MIRI, Khamis - Penjaja di Market Basah di sekitar bandar raya ini diharap sentiasa mengutamakan kebersihan dan meletakkan barangan jualan mereka di tempat atau petak yang telah ditetapkan.

Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai berkata, kerjasama semua peniaga juga penting dalam memastikan tidak meletakkan barangan jualan mereka di tempat meletak kenderaan yang disediakan untuk orang awam.

Jelasnya, selain boleh menyebabkan orang ramai yang lalu lalang kurang selesa, ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Saya berharap peniaga memberi kerjasama dengan tidak meletakkan buah-buahan atau barangan jualan di tempat letak kereta, letaklah di tempat yang betul, yang telah disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat beberapa tandas awam dan Market basah di sekitar bandar raya Miri di sini, semalam.

Beliau menambah tindakan tidak bertanggungjawab peniaga yang meletakkan barangan jualan mereka di tempat meletak kenderaan juga dikatakan menjadi penyebab utama mengapa sesetengah pemilik kenderaan terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.

"Tindakan seperti ini adalah tidak adil bagi orang ramai dan ini menyebabkan mereka meletak kenderaan secara haram dan ia menjadi punca kesesakkan lalu lintas," ujarnya.

Jelasnya, adalah sesuatu yang tidak patut juga apabila sesetengah pemilik premis meletakkan kerusi atau sebagainya di hadapan kedai mereka sedangkan ia adalah tempat meletak kenderaan awam.

comments powered by

Kukuhkan institusi kekeluargaan

Posted: 15 Aug 2014 06:21 AM PDT

Kukuhkan institusi kekeluargaan

Oleh : NewsDesk

Tarikh Disiarkan : 15-Aug-2014


MUKAH, Khamis -  Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dengan kerjasama syarikat Sarawak Pulp Industries akan mengadakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membina sebuah taman permainan kanak-kanak di Dalat.

Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, projek tersebut merupakan satu projek perintis untuk mewujudkan sebuah taman permainan yang selamat dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama terutamanya dari segi peralatan  di taman permainan.

"Cabaran yang sering dihadapi ialah peralatan dan jika peralatan di taman permainan rosak maka kita perlu ganti dengan peralatan baharu.

"Kanak-kanak yang mendapat kesusahan atau kemalangan di taman permainan akan diberi perlindungan insurans," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di sekitar pekan Dalat semalam.

Fatimah berkata, beliau juga berbincang dengan Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bahawa semua kawasan perumahan mesti disediakan dengan taman permainan.

Taman permainan juga merupakan satu pelengkap di sesebuah kawasan perumahan bagi membolehkan penduduk atau masyarakat beriadah.

Melalui aktiviti bermain maka kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi atau bertutur selain meningkatkan penggunaan bahasa mereka serta memupuk dan memantapkan institusi kekeluargaan.

"Apa yang kita harapkan dari projek ini ialah memantapkan institusi kekeluargaan kerana kanak-kanak yang datang ke taman permainan akan ditemani oleh ibu bapa masing-masing," katanya.

Difahamkan, projek di Dalat ini merupakan projek perintis kedua dan yang pertama dijalankan di Kuching oleh DBKU dengan sebuah syarikat yang juga menjalankan projek CSR mereka.

Justeru, Fatimah berharap banyak lagi syarikat tampil untuk menjalankan projek CSR bagi mewujudkan sebuah taman permainan kanak-kanak seperti ini.

Terdahulunya, Fatimah telah mengadakan mesyuarat bersama kakitangan MDDM bagi membincangkan beberapa perkara untuk penambahbaikan.

comments powered by

Pizza Pan pikat pelanggan

Posted: 15 Aug 2014 06:15 AM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Jalan simen di Kampung Bruit dibaikpulih

Posted: 15 Aug 2014 06:13 AM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

22 Ogos diisytihar hari berkabung negara

Posted: 15 Aug 2014 06:04 AM PDT

500 Internal Server Error

The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.

Please contact the server administrator, webmaster@utusansarawakonline.smartweb.com.my and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.

More information about this error may be available in the server error log.

Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.